Tawaran Arsenal dapatkan Gelson Martins ditolak.

Tawaran Arsenal dapatkan Gelson Martins ditolak Sporting. Kredit foto : Express

Arsenal dilaporkan telah membida sebanyak €30 juta (£26 juta) untuk bintang Sporting, Gelson Martins namun ditolak oleh kelab Portugis itu.



Seperti yang dilaporkan oleh A Bola semalam, Arsenal dikatakan cuba memanfaatkan situasi yang melanda (kekacauan) di Alvalade untuk mengambil salah seorang pemain Sporting pada harga yang murah, namun gagal melakukannya.

Sporting menolak tawaran Arsenal yang dikatakan terlalu murah dan mahukan sekurang-kurangnya €45 juta (£40 juta) untuk mereka melepaskan pemain bintang mereka, Gelson Martins.

Nilai tersebut mungkin kelihatan tinggi namun jika dibandingkan dengan klausa pelepasan pemain itu, ianya dianggap jauh lebih rendah memandangkan pemain sayap kanan Sporting itu mempunyai klausa pelepasan berjumlah € 60 juta (£53 juta).

Laporan A Bola mengatakan Sporting menolak tawaran Arsenal mendapatkan Martins.
Tindakan Sporting yang menolak tawaran Arsenal turut menyebabkan pemain berusia 23 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati kerana terlepas peluang menyertai salah satu liga ternama dan terbesar di Eropah.

Kontrak Martins bersama Sporting bakal berakhir pada tahun 2022 dan pemain itu dikatakan mahu meninggalkan Sporting mengikut saluran yang betul dan berharap mana-mana kelab mampu membuat tawaran serta rundingan bersama Sporting.

Serta beliau turut mengharapkan agar Sporting sanggup melepaskan beliau dengan keputusan harmoni dapat dicapai diantara mereka (Martins dan Sporting).

Namun beliau tidak menolak untuk meninggalkan kelab itu selepas kejadian serangan yang menimpa mereka (pemain dan kakitangan Sporting) di Alcochete bulan lepas.

Sporting players, staff attacked by hooded supporters at training ground.
-- Reuters

Alasan tersebut membolehkan beliau meninggalkan kelab secara percuma namun Sporting juga masih mampu bertindak mengekalkan pemain tersebut jika kelab itu tidak mahu mengalami kerugian dengan menjamin keselamatan para pemain dan kakitangan mereka.

Dalam insiden serangan tersebut, kira-kira 50 orang penyokong kelab itu (bersenjata) telah menceroboh bilik persalinan pemain dan menyerang jurulatih kelab dan juga pemain-pemain di pusat latihan Sporting.

Pakar perpindahan Sky Sports, Guillem Balague telah mengeluarkan pendapat beliau mengenai urusan perpindahan dan jual beli pemain melibatkan pasukan Arsenal dengan mendakwa The Gunners perlu menjual pemain terlebih dahulu bagi meningkatkan dana tambahan sebelum melakukan pembelian baru.

"Up until now, as everybody knows, everything had to go through Arsene Wenger but Unai Emery is happy to repeat the same position he has had at Sevilla, Valencia and PSG in which he was a head coach," said Balague.

Ini bermakna, jika ia adalah infrastruktur yang sama, Emery hanya boleh menasihati dan memberitahu apa jenis pemain yang dia perlukan dan kelab akan pergi untuk mendapatkannya.

Dan Emery tidak akan mempunyai kuasa dalam menentukan jumlah nilai dan anggaran (budget) yang diperlukan bagi mendapatkan seseorang pemain itu.

Segalanya bergantung kepada kelab (Arsenal).

Serta Emery akan melakukan apa yang terbaik dengan memaksimumkan potensi pasukan dan membawa pemain keluar dari zon selesa mereka. 

Sudah pasti beliau akan mencuba dan menerapkan latihan yang berlainan dan melakukan latihan intensif yang mampu digunakan ketika beraksi nanti jika tiada pemain yang dikehendaki beliau berjaya dibawa masuk Arsenal.



Rekod penampilan musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Liga NOS 31 8 9
Champions League 6 1 2
Europa League 5 1 -
Taça de Portugal Placard 5 1 1
Taça CTT 3 1 -
Champions League Qualification 2 1 1
JUMLAH 52 13 13

Rekod penampilan mengikut posisi
Posisi Penampilan Gol Bantuan Gol
Right Wing 49 13 13
Right Midfield 2 - -
Secondary Striker 1 - -

Post a Comment

Previous Post Next Post