Ejen pemain dan wakil Arsenal berlepas ke Rusia, lengkapkan proses perpindahan


Selepas berita daripada media Itali yang mengatakan bahawa perpindahan pemain tengah Sampdoria, Lucas Torreira ke Arsenal dianggap sudah selesai namun kali ini berita mengenai perkembangan ini datang dari negara kelahiran pemain tersebut, Uruguay yang bakal mengesahkan perpindahan ini.


Dan dijangkakan pengumuman rasmi bakal dibuat dalam masa terdekat ini mengenai perpindahan pemain berusia 22 tahun itu.

Menurut Embajadores Del Gol di Uruguay, ejen pemain tersebut, Pablo Bentnacur, kini dijangka berlepas ke Rusia dalam waktu terdekat bersama wakil Arsenal untuk melengkapkan proses perpindahan pemain ini (Lucas Torreira) ke Arsenal.

Ini merupakan susulan daripada laporan yang dikeluarkan La Gazzetta dello Sport di Itali yang mendakwa Arsenal telah bersetuju membayar Sampdoria €30 juta, €5 juta lebih daripada klausa pelepasan Torreira.

TIndakan ejen pemain tersebut dikatakan mahu menyelesaikan segala urusan perpindahan ini sebelum kejohanan Piala Dunia bermula kerana mahu memberi ketenangan kepada Torreira selain ianya turut membantu pemain tersebut fokus terhadap tugasan bersama skuad kebangsaan beliau.

Pemain tengah muda ini, kini bersama pasukan kebangsaan Uruguay di Nizhny Novgorod dalam persiapan akhir menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia dengan perlawanan pertama Uruguay adalah menentang Mesir, esok  (15 Jun 2018) jam 8.00 malam (waktu Malaysia).

Post a Comment

Previous Post Next Post