Bernd Leno kini dijangka tandatangani kontrak bersama Arsenal

Bernd Leno kini menjadi buruan selepas Bayern Leverkusen dilaporkan sedia lepaskan beliau. Kredit foto : Anfield HQ

Bernd Leno telah menghabiskan musim panas setakat ini dengan rumors yang mengaitkan perpindahan beliau daripada Bayer Leverkusen.



Terbaru, kelab Jerman itu dilaporkan sedia melepaskan dan terbuka untuk menerima mana-mana tawaran bagi mendapatkan khidmat beliau pada jendela perpindahan musim panas ini selepas menandatangani Lukas Hradecky.

Lukas Hradecky menyertai Bayern Leverkusen secara percuma daripada kelab Eintracht Frankfurt. Kredit foto :DFB
Penjaga gol itu telah dikaitkan dengan Napoli dan Liverpool dalam beberapa hari kebelakangan ini, namun begitu SportBild percaya bahawa beliau (Leno) dijangkakan akan menandatangani kontrak bersama Arsenal dalam laporan terkini yang dikeluarkan mereka.

Walaupun Atletico Madrid juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan beliau setelah bimbang mengenai masa depan Jan Oblak, namun dipercayai bahawa Leno tidak mahu menunggu lama untuk mengetahui apa yang berlaku pada dirinya (masa depannya).

Laporan tersebut mengatakan bahawa perkara (perpindahan) tersebut dapat dijalankan dengan segera asalkan ianya memenuhi tuntutan Bayer Leverkusen yang dikatakan sedia melepaskan Leno pada nilai € 20 juta hingga ke  € 25 juta.

SportBild percaya Leno akan menjadi pilihan utama di Arsenal dan bakal mengambil alih posisi tersebut daripada Petr Cech.

Jetzt kann es schnell gehen bei Bernd Leno (26). Die Ausstiegsklausel des Torwarts ist mittlerweile zwar abgelaufen für diesen Sommer. Allerdings ist Leverkusen bereit, ihn trotzdem für die darin verankerte Summe zwischen 20 und 25 Mio. Euro ziehen zu lassen.

Wie SPORT BILD erfuhr, wird Leno voraussichtlich zum FC Arsenal wechseln und das auch in Kürze bekannt geben! Beim Londoner Klub soll er direkt die Nummer eins werden und Unterstützung vom aktuellen Torwart Petr Cech (36) erhalten, der dann ins zweite Glied rückt. Der Vertrag des Tschechen läuft 2019 aus.


Sebelum ini juga terdapat laporan mengatakan bahawa Bernd Leno telah lama menyuarakan hasrat beliau untuk berpindah keluar daripada Bayern Leverkusen.

Dengan perkembangan terkini yang menyaksikan kelab itu telah mendapatkan penjaga gol baharu, perpindahan Bernd Leno dijangka akan diselesaikan dalam masa terdekat ini.

Adakah Arsenal yang menjadi pilihanan beliau ataupun Liverpool?

Sport Bild begitu yakin dalam laporan mereka bahawa Leno akan menyertai Arsenal dan pengumuman bakal dibuat dalam masa terdekat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post