Piala Dunia 🎥 : Mesir 0 - 1 Uruguay

Jaringan lewat permainan daripada pemain pertahanan, Jose Maria Gimenez berjaya bantu Uruguay menang tipis 1-0 ke atas Mesir dalam aksi Kumpulan A di Stadium Central, Ekarerinburg, Rusia malam ini.

Uruguay merupakan juara dua kali pada edisi 1930 dan 1938, bagaimanapun dipaksa bekerja keras untuk mengatasi Mesir yang beraksi dalam penampilan pertama di pentas Piala Dunia dalam tempoh 28 tahun selepas terakhir beraksi pada edisi 1990 (kali pertama pada 1934).

Mesir yang menghuni ranking ke-45 dunia jelas tidak gentar menentang Uruguay (No. 14 dunia) apabila berjaya memberi tekanan sepanjang 89 minit perlawanan sebelum Gimenez menjaringkan gol kemenangan Uruguay diminit akhir (minit ke-90) perlawanan.

Uruguay yang turun dengan dua pemain sensasi mereka, Luis Suarez dan Edison Cavani tetap gagal mencipta gol meskipun memiliki beberapa percubaan berbahaya namun berjaya diselamatkan penjaga gol lawan selain tersasar terkena tiang.

Ketiadaan Mohamed Salah yang tidak diturunkan kerana masih belum cergas selepas pulih daripada kecederaan, boleh dikatakan merencatkan sedikit jentera serangan Mesir yang dilihat kekurangan idea dalam menembusi benteng lawan.


Tandukan Gimenez pada lewat permainan jelas memberi kelegaan buat kem Uruguay disamping menghadiahkan tiga mata berharga kepada mereka pada aksi sulung peringkat kumpulan (Kumpulan A).


Video highlights perlawanan.

Uruguay kini berada di tangga kedua Kumpulan A di belakang tuan rumah, Rusia yang menang besar 5-0 ke atas Arab Saudi pada aksi pembukaan di Moscow malam semalam.

Kedudukan Kumpulan A

Aksi kedua peringkat kumpulan ini akan menyaksikan Mesir bertemu dengan Rusia manakala Uruguay berdepan Arab Saudi pada Rabu depan.



Post a Comment

Previous Post Next Post