Adakah Torreira merupakan penyelesaian terbaik bahagian tengah Arsenal?

Pemain kebangsaan Uruguay, Lucas Torreira sah menjadi pemain Arsenal dan dikatakan bakal menyelesaikan masalah pada barisan tengah serta mampu membantu barisan pertahanan Arsenal.



Arsenal pada musim lalu dikatakan tidak begitu sempurna apabila dikatakan mengalami masalah pada barisan pertahanan dan juga tengah.

Dengan kemasukan beberapa pemain baru pada bahagian pertahanan dan tengah, Arsenal musim depan dibawah kendalian Unai Emery dijangka dapat menyelesaikan masalah tersebut serta mampu mengembalikan prestasi terbaik Arsenal (dan ini juga merupakan harapan besar penyokong Arsenal).

Lucas Torreira, secara sah telah diumumkan sebagai pemain Arsenal dan pengumuman beliau itu disambut dengan begitu gembira oleh penyokong dan peminat Arsenal.

Namun adakah pemain ini merupakan penyelesaian ataupun sekadar 'upgrade' daripada pemain-pemain sedia ada Arsenal?

Kami cuba mencari jawapan dengan melakukan perbandingan dikalangan pemain utama Arsenal musim lepas dengan Torreira berdasarkan statistik perlawanan dan data-data dari Squawka dan WhoScored.

Pemain tengah (CM/DM) Arsenal ketika ini.
No Jersi Posisi Negara Pemain Umur Status Tamat Kontrak Nilai Perpindahan
4 CM/DM Mesir Mohamed Elneny 26 Non-EU 2022 £7.4 juta
11 CM/DM Uruguay Lucas Torreira 22 Non-EU 2023 £26.4 juta
15 CM/DM England Ainsley Maitland-Niles 20 EU 2023 Akademi
29 CM/DM Perancis Mattéo Guendouzi 19 EU 2023 £8.0 juta
34 CM/DM Switzerland Granit Xhaka 25 EU 2023 £30.0 juta
Membandingkan statistik Lucas Torreira berdasarkan musim 2017-18 dengan pemain tengah sedia ada Arsenal.

PENGENALAN
Walapun senarai pemain tengah (diatas) kami tidak menyenaraikan Aaron Ramsey, namun dalam perbandingan statistik yang akan dibincangkan ini, kami telah memasuk pemain ini kerana beliau juga mampu beraksi pada posisi pemain tengah bertahan (defensive midfielder) dan turut diturunkan (beraksi) pada posisi tersebut musim lalu.

Namun dalam perbandingan ini, kami tidak akan membuat perbandingan untuk pemain muda Arsenal yang mampu beraksi pada pelbagai posisi, Ainsley Maitland-Niles kerana kekurangan waktu beraksi (jarang beraksi).

Kami hanya membuat perbandingan Torreira bersama tiga pemain utama Arsenal musim lalu yang mana ianya menjadi pilihan Emery untuk menggunakan pemain-pemain ini seandainya Arsenal tidak dapat ataupun gagal mendapatkan Torreira.

Dan pemain sedia ada Arsenal yang menjadi pilihan Emery untuk digunakan dalam taktikal dan formasi beliau adalah, Aaron Ramsey, Granit Xhaka dan Mohamed Elneny.

Berikut adalah rekod penampilan kesemua pemain tersebut berdasarkan musim 2017/18 dengan Torreira bersama Sampdoria.

Pemain Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Torreira 38 4 1
Ramsey 32 11 12
Xhaka 48 3 8
Elneny 32 1 4

Namun, mungkin kita akan mempertikaikan mengenai posisi yang diletakan Wenger kepada Ramsey musim lalu.

Dan bagi memudahkan perbandingan ini, kami telah menyenarai posisi beraksi / dimainkan Ramsey musim lalu pada perbandingan ini (baca seterusnya).

Torreira musim lalu ketika bersama Sampdoria telah membuat 38 penampilan dengan kesemua penampilan tersebut, beliau beraksi selaku pemain tengah bertahan (defensive midfielder).

GOL DAN BANTUAN GOL
Sebagai pemain tengah yang mendalam (deep-lying midfielder)Torreira bukanlah seorang penjaring gol yang prolifik namun begitu beliau masih mampu menjaringkan empat gol dalam aksi musim lalu.

Dan pada point ini, beliau telah mengatasi ketiga-tiga pemain sedia ada Arsenal - Xhaka, Elneny dan Ramsey (berdasarkan posisi defensive midfielder).

Namun jika point bantuan gol diambil kira, beliau bukanlah seorang yang mampu membantu penyerang dan pemain-pemain lain dalam menjaringkan gol.

Disini Xhaka lebih hebat diantara mereka berempat dan Xhaka telah menghasilkan tujuh bantuan gol diikuti Ramsey (enam), Elneny (tiga) dan Torreira (satu).

Elneny Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Defensive Midfield 20 1 3
Central Midfield 6 - -
Centre-Back 3 - 1

Xhaka Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Defensive Midfield 43 2 7
Central Midfield 4 1 1

Ramsey Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Defensive Midfield 14 3 6
Central Midfield 14 8 5
Attacking Midfield 3 - 1

Torreira Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Defensive Midfield 38 4 1

SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN
Berdasarkan kepada matrik perbanding Squawka dan data adalah berdasarkan purata setiap perlawanan diantara keempat-empat pemain tersebut, Torreira mencatatkan jumlah purata tackle berjaya paling banyak dimenangi dan pemain ini mencatatakan secara purata dengan memenangi dua takcle setiap perlawanan.

Pemain Interception Blocks Tackles Won Error Leading to Goal Defence Score
Torreira 2.03 0.48 2 0 9.99
Xhaka 0.92 0.16 1.37 0.08 -0.53
Eleneny 0.77 0 0.31 0 -0.14
Ramsey 1.0 0.12 1.12 0 -.81

Bagi point untuk interception (pintasan atau menggagalkan) usaha gerakan pihak lawan, Torreira juga mengatasi pemain-pemain sedia ada Arsenal apabila merekodkan jumlah mata tertinggi, diikuti oleh Ramsey.

Pemain Possesion Score Defensive Error Tackles Lost Succesful Passes Pass Completion
Torreira 6.92 0.03 2.85 51.18 % 87%
Xhaka 8.93 0.11 2.47 66.03% 87%
Eleneny 11.59 0.15 0.92 55.85% 94%
Ramsey -0.68 0.04 2.62 42.58% 85%

Mengikut data perbandingan daripada Whoscored pula, walaupun data perbandingan mereka ini dilakukan secara general, namun ianya kelihatan hampir sama dengan apa yang dipaparkan oleh data Squawka.

Cuma rekod lebih cemerlang dicatatkan oleh Ramsey secara keseluruhannya.

Berikut adalah data-data perbandingan diantara mereka menunjukkan Ramsey secara keseluruhan jelas mengatasi Torreira, Xhaka dan Elneney.

Rekod perbandingan defensive secara keseluruhan.
Rekod perbandingan passing secara keseluruhan.

Rekod perbandingan offensive secara keseluruhan.

KESIMPULAN
Berdasarkan rekod penampilan musim lalu dan perbandingan yang dilakukan diatas, dapat difahami mengapa Emery berminat untuk mengekalkan Ramsey (menawarkan pembaharuan kontrak).

Dan dapat difahami mengapa Emery mahu menggandingkan Torreira bersama Ramsey.

Diantara mereka berempat, Ramsey dilihat lebih banyak menyumbang kepada jumlah jaringan dan bantuan gol kepada Arsenal serta kemampuan pemain itu untuk beraksi pada posisi CDM/CM dan AMC.

Dan ini juga memberi gambaran awal bagaimana gandingan dua pemain ini (Torreira dan Ramsey) bersama Arsenal musim depan.

Mungkin gandingan Torreira + Xhaka + Ramsey mampu menyelesaikan masalah pada bahagian tengah yang menjadi salah satu kekurangan Arsenal musim lalu dapat diatasi.

Apa komen anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post