Lucas Torreira tandatangani kontrak selama lima tahun bersama Arsenal


Arsenal telah mengumumkan penyertaan Lucas Torreira dari Sampdoria dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.



Namun dipercayai, nilai perpindahan pemain kebangsaan Uruguay itu berjumlah £26.5 juta dan Arsenal dikatakan membuat bayaran ansuran selama tiga tahun kepada Sampdoria.

Pemain tengah Uruguay berusia 22 tahun itu merupakan pemain keempat yang menyertai Arsenal selepas Unai Emery dilantik menjadi ketua jurulatih Arsenal.

"Kami telah menandatangani pemain muda yang merupakan memiliki bakat yang sangat cerah dalam permainan, pemain tengah dengan kualiti hebat," kata Emery kepada laman web rasmi Arsenal.

Torreira merupakan salah seorang pemain utama Uruguay dalam Kejohanan Piala Dunia 2018 dimana skuad negara tersebut mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Perancis.

Beliau akan menyarung jersi No 11 dan akan menyertai Arsenal untuk latihan pra musim pada awal bulan Ogos nanti, enam hari sebelum perlawanan pertama liga dimulakan.

Selain itu, menurut laporan Football London, Torreira telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Arsenal.

"I feel calm. I am used to coping with this kind of thing in the best possible way. It's a very positive thing that people want to welcome me. It makes me feel comfortable. Now I am calm and I look forward to the future, which for sure will be very nice." - Lucas Torreira.

Lucas Torreira with Arsenal doctor Gary O'Driscoll at London Colney. Credit photo: Football London.
Arsenal bakal memulakan kempen Liga Perdana Inggeris 2018/19 dengan menentang Manchester City pada 12 Ogos, jam 11 malam waktu Malaysia (jadual lengkap Arsenal musim 2018/19).


Post a Comment

Previous Post Next Post