Sokratis Papastathopoulos tiba dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar £17.7 juta.



Musim lalu, antara kelemahan utama skuad Arsenal adalah pada barisan pertahanan dimana mereka telah melepaskan 51 gol sepanjang kempen 2017/18.

Daripada 51 jumlah gol yang dilepaskan Arsenal itu, 31 gol telah dibolosi ketika mereka beraksi dilaman lawan dan ini memberikan peratusan sebanyak 61%  jumlah bolos Arsenal hadir ditempat lawan.

Kemasukkan Sokratis dijangka dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah mereka terutamanya pada bahagian pertahanan.

Rekod Arsenal musim 2017/18
Rekod P M S K J B +/- Mata
Keseluruhan (Tangga ke-6) 38 19 6 13 74 51 23 63
Laman Sendiri (Tangga ke-2) 19 15 2 2 54 20 34 47
Laman Lawan (Tangga ke-11) 19 4 4 11 20 31 -11 16

Dan kami membandingkan statistik pemain berusia 30 tahun ini berdasarkan rekod musim lalu (2017/18) ketika beliau bersama Dortmund dengan beberapa pemain pertahanan Arsenal musim lalu.

Pemain pertahanan Arsenal yang beraksi pada pertahanan tengah yang akan dibandingkan adalah Laurent Koscielny, Shkodran Mustafi, Rob Holding dan Calum Chambers bagi mengetahui adakah kemasukan Sokratis bakal memberi impak ataupun ianya sekadar setara dengan pertahanan sedia ada Arsenal.

STATISTIK PERTAHANAN INDIVIDU
Berikut adalah rekod dan statistik daripada Squawka dalam membandingkan pemain-pemain pertahanan Arsenal ini.


Data berikut adalah purata setiap perlawanan bagi kelima-lima pemain tersebut:

Matrix Sokratis Koscielny Mustafi Chambers Holding
Defense Score 8.86 6.77 4.79 -2.47 -5.07
Possesion Score 9.80 8.08 7.12 -0.55 1.36
Succesful Passes 52.19 56.72 52.74 43.82 43.73
Tackles Won 1.59 0.84 1.63 0.91 1.18
Fouls Commited 1.22 0.56 0.93 0.91 0.82
Defensive Error 0 0.12 0.07 0 0.09
Clearances 3.63 5 6.26 4.27 3
Blocks 0.30 0.60 0.56 0.91 0.82
Interceptions 1.30 2.08 2.11 1.55 1.64

Manakala jika dibandingkan dengan menggunakan data WhoScored pula adalah seperti berikut:


RUMUSAN
Walaupun Squawka memberikan mata yang tinggi kepada Sokratis secara keseluruhannya, namun data terperinci menunjukkan jumlah clearance, blocks dan interception jelas menjadi milik Mustafi.
Sokratis vs Mustafi - defensive
Dan jika melihat sumbangan kepada jaringan gol, Mustafi mengatasi mana-mana pemain tersebut dengan menjaringkan tiga gol dan satu bantuan gol.

Sokratis vs Mustafi - offensive
Melihatkan kepada data-data tersebut gandingan Sokratis bersama Mustafi lebih sesuai bergandingan bersama musim depan.

Boleh dikatakan kedua-dua pemain tersebut mengimbangi kelemahan dan kelebihan yang terdapat diantara mereka berdua.

Dan tugas mereka berdua untuk mengemudi barisan pertahan tengah Arsenal dan barisan pertahanan secara keseluruhannya juga mungkin menjadi lebih mudah apabila Torreira turut sama beraksi.


Sokratis sekadar menggantikan Koscielny dengan sedikit peningkatan ? Apa komen anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post