Senarai tambahan pemain dilepaskan Arsenal dan info Liga Perdana Inggeris.

Pada 9 Jun lalu, kami melaporkan dimana Arsenal telah melepaskan sembilan pemain dan menawarkan enam pemain dengan kontrak baru.


Bagaimanapun daripada enam pemain yang dikatakan telah ditawarkan kontrak baru oleh pihak pengurusan Arsenal, tiga daripada mereka akhirnya dilepaskan kelab termasuklah Jack Wilshere yang dikatakan gagal mencapai persetujuan didalam rundingan tersebut.


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana kami boleh melaporkan enam pemain tersebut ditawarkan kontrak baru.

Untuk pengetahuan semua, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris dari musim 2017/18 perlu mengemukakan senarai pemain yang akan mereka kekalkan bersama skuad mereka dan mereka yang akan dilepaskan.

Peraturan Liga Perdana Inggeris memerlukan kesemua kelab untuk menyerahkan senarai yang dikekalkan dan dilepaskan kepada Liga Perdana (lembaga pengurusan) pada Sabtu ketiga bulan Mei, melainkan keadaan yang ditetapkan dalam Peraturan U.33 dikenakan.

Peraturan U.33 Liga Perdana Inggeris.
Tarikh untuk setiap kelab dikehendaki mengikut Peraturan U.32 supaya memberikan pengesahan kepada lembaga pada hari Sabtu ketiga bulan Mei dalam mana-mana tahun yang masih mengambil bahagian dalam Piala FA, Liga Juara-Juara UEFA atau Liga UEFA Europa atau masih belum memainkan Perlawanan Liga yang boleh memberi kesan kepada peraturan: U.33.1. pengenalan Juara Liga mengikut Peraturan C.11; U.33.2. pengenalan Kelab-Kelab yang akan diturunkan (relegated) mengikut Peraturan C.14; atau U.33.3. kelayakan untuk Pertandingan Kelab UEFA.

Muat turun buku peraturan Liga Perdana Inggeris disini.

Dan Arsenal telah menghantar senarai nama pemain yang mana kelab berhasrat untuk mengekalkan mereka termasuklah pemain yang bakal menamatkan kontrak pada musim itu (seperti Jack Wilshere).

Serta senarai tersebut turut merangkumi pemain-pemain daripada skuad utama, remaja dan juga pemain muda dibawah tajaan ataupun yang menerima biasiswa (scholar).

Anda boleh muat turun senarai pemain yang ingin dikekalkan dan dilepaskan Arsenal disini.

Berdasarkan senarai tersebut berikut kami ringkaskan (pada 9 Jun 2018):

Daripada senarai yang dihantar atau dikemukakan Arsenal kepada pihak Liga Perdana, berikut adalah senarai pemain yang akan dilepaskan Arsenal dan pemain yang masih dalam rundingan pembaharuan kontrak (bagi pemain yang akan tamat tempoh kontrak).

Pemain yang dilepaskan (9 pemain) : Marc Bola, Santi Cazorla, Alexander Crean, Aaron Eyoma, Ryan Huddart, Chiori Johnson, Hugo Keto, Per Mertesacker dan Tafari Moore.

Manakala pemain yang sedang berunding (ditawarkan kontrak baru - pembaharuan) pula (6 pemain) : Tolaji Bola, Josh Dasilva, Vlad Dragomir, Yassin Fortune, Deyan Iliev dan Jack Wilshere.

Daripada enam pemain yang ditawarkan kontrak mengikut senarai yang dihantar pada Mei lalu, hanya tiga pemain dikekalkan manakala tiga lagi dilepaskan.

Pemain tambahan yang dilepaskan adalah Vlad Dragomir, Yassin Fortune dan Jack Wilshere.

Situasi dan keputusan rundingan kontrak melibatkan Jack Wilshere amat jelas untuk kita semua  fahami dimana rundingan tersebut gagal mencapai persetujuan yang akhirnya Wilshere meninggalkan Arsenal.

Berbeza dengan dua lagi pemain iaitu Dragomir dan Fortune, kedua-dua pemain muda Arsenal ini dilepaskan setelah mendapat penilaian daripada pengendali baharu Arsenal, Unai Emery.

Vlad Dragomir, 19 tahun dilepaskan Arsenal setelah gagal memikat Unai Emery.
Menurut laporan Evening Standard, Dragomir telah ditawarkan pembaharuan kontrak untuk kekal bersama Arsenal (dan ini jelas sama seperti senarai yang dihantar Arsenal kepada pihak pengurusan Liga Perdana) namun menurut ejen pemain tersebut, Catalin Sarmasan mendakwa bahawa pemain itu mungkin gagal untuk memikat Unai Emery yang seterusnya menyaksikan beliau dilepaskan Arsenal.

Manakala seorang lagi pemain muda Arsenal yang ditawarkan pembaharuan kontrak, Yassin Fortune (19 tahun), bertindak menolak tawaran yang dikemukakan Arsenal.

Yassin Fortune memutuskan untuk menyertai kelab Switzerland, FC Sion selepas menolak pembaharuan kontrak daripada Arsenal.
Berikut adalah senarai terkini pemain dibawa masuk dan dilepaskan Arsenal.


Senarai Penuh Pemain Yang dibawa masuk dan dilepaskan Arsenal bagi musim 2018/19 setakat ini (12 Julai 2018).
Bil. Pemain Baru Di Bawa Masuk Pemain Yang Di Lepaskan Status
1 Stephan Lichtsteiner Per Mertesacker Bersara
2 Bernd Leno Santi Cazorla
3 Sokratis Papastathopoulos Takuma Asano Dipinjamkan
4 Lucas Torreira Jack Wilshere
5 Matteo Guendouzi Vlad Dragomi
6 Ryan Huddart
7 Tafari Moore
8 Hugo Keto
9 Chiori Johnson
10 Yassin Fortune
11 Aaron Eyoma
12 Alex Crean
13 Marc Bola

Post a Comment

Previous Post Next Post