Andy Cole berunding sendiri dengan Arsenal pada usia 19 tahun.

Bekas pemain bolasepak, Andy Cole dedahkan bahawa beliau telah berunding sendiri kontrak beliau dengan Arsenal pada tahun 1989.



Andy Cole, 46 tahun telah bersara daripada arena bolasepak selaku pemain profesional hampir 10 tahun dengan kelab terakhir yang diwakili beliau adalah Nottingham Forest pada tahun 2008.

Bekas pemain Arsenal yang hanya membuat satu penampilan liga sahaja semenjak menandatangani kontrak profesional pada tahun 1989 (ketika berusia 19 tahun) bersama The Gunners, bagaimana pun berjaya mencipta nama bersama Newcastle dan juga Manchester United.

Baca: Andy Cole pemain yang dilahirkan daripada Akademi Arsenal.

Sepanjang 19 tahun karier beliau selaku pemain bolasepak, beliau telah banyak mencapai kejayaan baik dari segi individu mahupun bersama kelab.

Beliau merupakan antara pemain yang merasai kesemua trofi dan kejuaraan yang dipertandingan pada peringkat domestik dan juga Eropah termasuk anugerah pemain muda PFA.

Dua tahun lalu beliau telah mendedahkan bagaimana beliau sendiri menguruskan ataupun berunding bersama Arsenal ketika tawaran kontrak dilakukan kepada beliau pada tahun 1989.

Dan pada ketika itu beliau hanya berusia 19 tahun (menurut laporan Young Empire).

Cole menceritakan dimana pada masa lalu, situasi pemain dan ejen sangat berbeza dengan apa yang dialami ketika ini.

Pada masa itu, kebanyakan ejen lebih berminat untuk mendapatkan pemain-pemain yang telah dikenali dan cemerlang sahaja berbanding pemain-pemain muda.

"Mereka hanya berminat dengan pemain yang dikenali dan stabil (beraksi cemerlang dan konsisten). Sekarang semua pemain sudah menggunakan ejen dari usia muda. Saya terpaksa berunding sendiri kontrak saya dengan Arsenal, " jelas Cole.

Walaupun mengakui bahawa ia adalah perjanjian terbaik dan memberi kesan kepada beliau dalam mengurus dan menampung kehidupun, namun beliau turut mengakui bahawa ianya juga adalah asas utama dalam membina kerjaya beliau yang cemerlang.
"Ya. Ia lebih mudah apabila orang lain yang menguruskan dan berunding bagi pihak anda. Anda mungkin berasa sedikit malu ketika melakukannya sendiri, memikirkan anda mungkin telah meminta terlalu banyak atau terlalu sedikit."

"Ejen tidak mempunyai sifat seperti itu (rasa bersalah). Mereka boleh mendapatkan apa yang dia mahu. Saya melakukan dengan baik ketika menyertai Man. United dan begitu juga ketika saya menyertai Blackburn."

"Saya bernasib baik. Saya berada di puncak (prestasi) dan memiliki kuasa untuk menentukan dalam rundingan (kelebihan)."

"Jika anda meninggalkan sesebuah kelab, anda boleh menuntut sedikit lebih (daripada apa yang diterima ketika itu). Saya tidak akan mendedahkan jumlah yang diterima oleh saya, namun ianya adalah jumlah yang besar."

Beliau turut menyifatkan dimana meninggalkan rumah (berjauhan) pada usia 14 tahun merupakan sesuatu yang sukar dalam sejarah hidup beliau.

"Saya cukup bernasib baik kerana diterima oleh Arsenal yang bertindak menandatangani saya sebagai pelajar sekolah. Sejak itu, saya hanya mahu bermain bolasepak. "

"Saya satu-satunya dari keluarga saya yang merupakan seorang ahli sukan profesional. Saya diajar untuk bekerja keras dan membuat sesuatu dari diri saya sendiri, dan etika kerja itu kekal bersama saya hingga ke hari ini."

Cole yang dikenali dan diingati ketika beraksi bersama Manchester United, mengatakan keputusan terbaik dalam menjalankan perniagaannya adalah dengan melabur dalam bidang hartanah.

"Saya mempunyai beberapa unit di London, beberapa unit di luar negara dan satu di Nottingham. Dua daripadanya adalah perjanjian beli dan sewakan. Saya tidak fikir anda boleh rugi dengan melabur dalam hartanah. "

Sumber asal: The Young Empire

Post a Comment

Previous Post Next Post