Alex Iwobi banyak menyumbang untuk The Gunners tanpa anda sedari.

PEMAIN yang dilahirkan daripada Akademi Arsenal, Alex Iwobi, 22 tahun merupakan antara pemain yang menjadi 'pujaan' bagi sesetengah peminat dan penyokong The Gunners.



Beliau seringkali menjadi mangsa kecaman dan dikatakan menjadi 'anak emas' ketika era Arsene Wenger masih menjadi pengurus pasukan, begitu juga pada ketika ini, dibawah Unai Emery.

Musim ini sahaja beliau telah membuat 30 penampilan liga dengan 58% daripadanya bermula dalam kesebelasan utama pasukan.

Daripada jumlah penampilan tersebut, beliau berjaya menjaringkan tiga gol dan menghasilkan empat bantuan gol.

Dan secara keseluruhannya, beliau telah membuat 95 penampilan Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 11 gol dan 14 bantuan gol untuk Arsenal.

Walaupun seringkali menerima kritikan terhadap persembahan beliau, namun pemain kelahiran Nigeria ini tidak pernah berputus asa dan buktinya pada perlawanan menentang Watford tempoh hari.

Pada perlawanan tersebut, Arsenal berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Aubameyang pada minit ke-10 perlawanan.

Menentang 10 pemain (Watford), skuad kendalian Emery dicemuh kerana gagal menjaringkan lebih banyak gol, lebih-lebih lagi Arsenal mendominasi perlawanan tersebut.

Statistik perlawanan


Beraksi dilaman lawan, Unai Emery meletakkan kepercayaan kepada pemain muda The Gunners itu untuk bermula dalam kesebelasan utama pasukan.

Senarai pemain utama kedua-dua pasukan pada perlawanan Watford vs Arsenal.
Iwobi beraksi pada posisi sayap kiri  dengan bergandingan bersama Mhkitaryan dan Ramsey pada bahagian tengah menyerang untuk membantu Aubameyang yang beraksi selaku penyerang tunggal pada perlawanan tersebut.
Formasi dan skuad permulaan Arsenal ketika menentang Watford.
Dan rating yang diberikan WhoScored pada perlawanan tersebut meletakkan Iwobi sebagai pemain kedua menerima rating tertinggi, dibelakang Mustafi (seorang lagi pemain yang diminati oleh peminat dan penyokong Arsenal) yang menjadi pemain terbaik Arsenal (menurut laman sesawang ini).

Rating keseluruhan pemain Arsenal ketika menentang Watford.
(pengguna mobile phone sila slide ke kiri untuk melihat jadual penuh)
R Player Shots ShotsOT KeyPasses PA% AerialsWon Touches Rating
1 Shkodran Mustafi 1 0 0 77.3 7 86 7.72
2 Alex Iwobi 3 1 7 88.7 0 86 7.57
3 Laurent Koscielny 0 0 0 96.5 0 70 7.40
4 Granit Xhaka 2 2 2 88 1 113 7.27
5 Aubameyang 5 1 0 68.2 3 35 7.24
6 Bernd Leno 0 0 0 73.1 0 32 7.17
7Mavropanos 0 0 0 95.7 0 57 7.10
8 Nacho Monreal 0 0 1 85.3 1 89 7.06
9 Aaron Ramsey 3 0 2 90.8 1 78 6.88
10 Henrikh Mkhitaryan 4 1 1 81.4 1 69 6.77
11 Ainsley Maitland-Niles 0 0 0 93.3 0 20 6.70
12 Lucas Torreira 0 0 1 90.9 0 43 6.60
13 Matteo Guendouzi 0 0 0 85.2 0 33 6.43
14 Mesut Özil 1 0 2 90.9 0 28 6.20



Sementara statistik menyerang, Iwobi berada ditangga ketiga dikalangan pemain Arsenal dari segi jumlah percubaan, berkongsi jumlah yang sama dengan Ramsey.

Selain itu, beliau merupakan pemain tertinggi yang melakukan 'keypass', namun beliau bersama Miki turut melakukan kawalan yang teruk.
Offensive
R Player Shots ShotsOT KeyPasses Dribbles Fouled Offsides Disp UnsTouches
1 Aubameyang 5 1 0 1 0 3 2 1
2 Mkhitaryan 4 1 1 0 1 0 2 3
3 Iwobi 3 1 7 1 1 0 2 3
4 Ramsey 3 0 2 0 2 0 0 2
5 Xhaka 2 2 2 0 1 0 0 0
Shots: Total shots, ShotsOT: Shots on target, KeyPasses: KeyPassTotal, Dribbles: Successful dribbles
Offsides: Caught offside, Disp: Player is dispossessed on the ball by an opponent – no dribble involved,
UnsTouches: Bad control

Dari segi bertahan, Iwobi merupakan pemain Arsenal yang paling banyak melakukan hadangan apabila mencatatkan tiga hadangan (tackle) yang berjaya tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Defensive
R Player TotalTackles Interceptions Clearances BlockedShots Fouls Rating
1 Iwobi 3 0 0 0 0 7.57
2 Mustafi 2 4 5 0 1 7.72
3 Monreal 2 1 3 0 0 7.06
4 Ramsey 2 0 1 0 2 6.88
5 Koscielny 1 3 4 1 1 7.40
TotalTackles: Tackles won, BlockedShots: Shots blocked, Fouls : Fouls commited

Statistik diatas adalah berdasarkan kepada perlawanan ketika menentang Watford tempoh hari.

Dan jika mengambil rekod (statistik) keseluruhan Iwobi untuk jaringan, beliau berada didalam kelompok lima teratas pemain Arsenal dengan mengumpul tiga gol berkongsi kedudukan dengan kapten pasukan, Koscielny yang turut menjaringkan tiga gol setakat ini.

Rekod jaringan pemain Arsenal Top 5
Rank Pemain Jumlah Jaringan
1. Pierre-Emerick Aubameyang 18
2. Alexandre Lacazette 13
3. Henrikh Mkhitaryan 6
4. Mesut Özil 4
4. Aaron Ramsey 4
4. Granit Xhaka 4
7. Alex Iwobi 3
7. Laurent Koscielny 3

Iwobi turut berada dalam senarai Top 5 Pemain Arsenal yang banyak melakukan bantuan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila menghasilkan empat bantuan gol setakat ini.


Rank Pemain Bantuan Gol
1. Alexandre Lacazette 7
2. Aaron Ramsey 6
3. Pierre-Emerick Aubameyang 5
3. Héctor Bellerín 5
3. Sead Kolasinac 5
6. Alex Iwobi 4
6. Henrikh Mkhitaryan 4

Secara keseluruhan musim ini, Iwobi telah membuat 44 penampilan dengan purata 506.2 minit setiap jaringan dan 421.8 minit setiap bantuan dihasilkan beliau.

Iwobi juga telah melengkapkan lebih banyak gelecekan daripada mana-mana pemain Arsenal lain dalam saingan Liga Perdana musim ini dengan 43, meninggalkan jurang sebanyak 10 kali lebih banyak daripada pencabar terdekat beliau, Alexandre Lacazette.

Dan sementara enam bantuan gol yang dicipta beliau mungkin kelihatan sedikit namun beliau telah mencipta 33 peluang, yang ketiga paling banyak dalam skuad The Gunners musim ini.

Rekod penampilan Iwobi
SAINGAN 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Premier League 30 3 4 1,705'
Europa League 9 1 2 511'
FA Cup 2 1 - 150'
EFL Cup 3 - - 165
JUMLAH 44 5 6 2,531'

Sumber dan Rujukan : Premier League, Whoscored,

Post a Comment

Previous Post Next Post