Bintang Manchester sanggup menerima potongan gaji 25% asalkan kekal di Old Trafford.

JUAN MATA sanggup gajinya dipotong untuk terus kekal di Manchester United.

Bekas pemain Chelsea berusia 31 tahun itu bersetuju gajinya dipotong sebanyak 25 peratus yang menyaksikan beliau menerima penyusutan sebanyak £45,000 seminggu. 

Beliau sebelum ini menerima gaji sebanyak £180,000 seminggu dan pengurangan tersebut membuatkan beliau menerima sebanyak £135,000 seminggu untuk memastikan kontrak dua tahun berbanding setahun.

Menurut sumber yang memberitahu The Sun : “Juan suka bermain di United dan gembira berada di Manchester.

“Dia bimbang terpaksa berpindah kerana tidak mahu hanya menandatangani selama 12 bulan. Bagaimanapun, penasihatnya dan kelab itu akhirnya mencapai persetujuan rundingan itu.”

Mata mengikat kontrak bersama United selepas meninggalkan Chelsea pada 2014 dengan nilai perpindahan sebanyak £37.1 juta (RM196j).

United juga sedia menawarkan kontrak jangka panjang terhadap Marcus Rashford setelah Barcelona, Real Madrid dan Juventus dilaporkan berminat menandatangani penyerang England itu.

Malah, kelab itu turut mengesahkan kehadiran semula Richard Hartis yang menjadi sebahagian daripada skuad Sir Alex Ferguson menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) 2008 sebagai jurulatih kanan penjaga gol.

Ole Gunnar Solskjaer memanggil semula jurulatih daripada skuad remaja England itu ketika dia terus melakukan rombakan besar-besaran di Old Trafford.

Post a Comment

Previous Post Next Post