10 orang pemain utama skuad Arsenal telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan masing-masing untuk beraksi dalam perlawanan-perlawanan peringkat antarabangsa minggu ini.
Sila lihat senarai pemain yang telah dipanggil di bawah:
PENJAGA GOL
Bernd Leno: Leno dinamakan dalam skuad Jerman untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Argentina pada 9 Oktober dan perlawanan kelayakan EURO 2020 menentang Estonia pada 13 Oktober.
Jumlah cap antarabangsa: 6
Debut antarabangsa: 29 May 2016 lawan Slovakia (tewas 1-3)
Emiliano Martinez: Emi telah dipanggil menyertai skuad senior Argentina buat kali kedua dalam kariernya untuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan minggu ini.
Pertama menentang Jerman pada 9 Oktober dan kemudian menentang Ecuador pada 13 Oktober.
Jumlah cap antarabangsa: 0
Debut antarabangsa: -
PERTAHANAN
Sead Kolasinac: Kolasinac telah dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan Bosnia & Herzegovina, Robert Prosinecki untuk menghadapi dua perlawanan kelayakan EURO 2020 menentang Finland (12 Oktober) dan Greece (15 Oktober).
Jumlah cap antarabangsa: 27
Debut antarabangsa: 19 November 2013 lawan Argentina (tewas 0-2)
PEMAIN TENGAH
Dani Ceballos: Dani telah mendapat panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi dua perlawanan kelayakan EURO 2020 menentang Norway (12 Oktober) dan Sweden (15 Oktober).
Jumlah cap antarabangsa: 7
Debut antarabangsa: 11 September 2018 lawan Croatia (menang 6-0)
Lucas Torreira: Torreira mengekalkan tempatnya dalam skuad Uruguay untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Peru sahaja minggu ini. Perlawanan pertama di Montevideo pada 12 Oktober dan kemudian beraksi di Lima pada 16 Oktober.
Jumlah cap antarabangsa: 20
Debut antarabangsa: 23 Mac 2018 lawan Republik Czech (menang 2-0)
Granit Xhaka: Kapten Arsenal musim ini telah dipanggil skuad Switzerland untuk beraksi dalam dua perlawanan kelayakan EURO 2020 menentang Denmark pada 12 Oktober dan Republik Ireland pada 15 Oktober.
Jumlah cap antarabangsa: 78
Debut antarabangsa: 4 Jun 2011 lawan England (seri 2-2)
Matteo Guendouzi: Pemain Terbaik Bulanan (September 2019) Arsenal ini kembali ke skuad bawah 21 tahun Perancis untuk membantu pasukannya dalam dua perlawanan kelayakan kejohanan EURO bawah 21 tahun menentang Azerbaijan pada 10 Oktober dan Slovakia pada 15 Oktober.
Jumlah cap antarabangsa: 0
Debut antarabangsa: -
Joe Willock: Willock telah dipanggil menyertai skuad bawah 21 tahun England bimbingan Aidy Boothroyd untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Slovenia pada 11 Oktober dan perlawanan kelayakan kejohanan EURO bawah 21 tahun menentang Austria pada 15 Oktober.
Jumlah cap antarabangsa: 0
Debut antarabangsa: -
PENYERANG
Pierre-Emerick Aubameyang: Aubameyang telah dinamakan dalam skuad Gabon untuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan menentang Burkina Faso (10 Oktober) dan Maghribi (15 Oktober).
Jumlah cap antarabangsa: 51
Debut antarabangsa: 28 Mac 2009 lawan Maghribi (menang 2-1)
Nicolas Pepe: Pepe telah dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan Ivory Coast, Ibrahima Kamara untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang DR Congo pada 13 Oktober dan perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2020 menentang Niger.
Ivory Coast tewas 0-2 dalam perlawanan pertama bulan lepas di Niamey.
Jumlah cap antarabangsa: 11
Debut antarabangsa: 15 November 2016 lawan Perancis (seri 0-0)
Eddie Nketiah: Eddie, yang kini sedang bermain dengan kontrak pinjaman di Leeds United akan menyertai rakannya, Joe Willock dalam skuad bawah 21 tahun England untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Slovenia pada 11 Oktober dan perlawanan kelayakan kejohanan EURO bawah 21 tahun menentang Austria pada 15 Oktober.
Jumlah cap antarabangsa: 0
Debut antarabangsa: -
Diharap kesemua pemain-pemain ini dapat bermain dengan baik bersama skuad kebangsaan masing-masing, dan dapat mengelak kecederaan juga.
*data kemaskini: 10 Oktober 2019
Tags
Bernd Leno
Dani Ceballos
Eddie Nketiah
Emiliano Martinez
Granit Xhaka
Joe Willock
Lucas Torreira
Matteo Guendouzi
Nicolas Pepe
Perlawanan antarabangsa
Pierre-Emerick Aubameyang
Sead Kolasinac