Claudio Marchisio umumkan persaraan selaku pemain bolasepak

Bersama Juventus dari tahun 2005 - 2018
Pemain tengah Itali, Claudio Marchisio sudah mengumumkan beliau sudah menggantung but bolanya dalam sidang media di Stadium Allianz Arena semalam.

Beliau membuat keputusan tersebut selepas meninggalkan kelab Russia, Zenit St Petersburg secara percuma pada musim panas lepas.

2018/19: Bermain sebanyak 15 perlawanan untuk Zenit St Petersburg
Marchisio, merupakan pemain legenda Juventus, telah bersama dengan kelab yang berpengkalan di Turin tersebut selama 13 tahun sebelum berpindah ke Russia.

Beliau telah menjaringkan 37 gol, mencipta 43 bantuan gol dalam 389 penampilan bersama the Old Lady.

Beliau memenangi tujuh kejuaraan Serie A Itali bersama Juventus, dan empat Coppa Italia.

Marchisio menulis di akaun Twitter miliknya: "Saya sudah membuat perjanjian dengan seorang kanak-kanak yang mengimpikan untuk menjadi seorang pemain bola sepak."

"Saya bermain sehingga saya berasa keajaiban melangkah ke dalam padang.

"Saya tidak dapat menunaikan janji saya lagi, sebab itu saya memilih untuk berhenti. Terima kasih impian, anda memberikan saya kekuatan, kegembiraan dan kejayaan!"

Beliau telah mewakili skuad kebangsaan Itali sebanyak 55 kali dan menjaringkan 5 gol, dan bermain dalam EURO2012, Piala Dunia 2010, Piala Dunia 2014, dan Piala Konfederasi 2013.

Post a Comment

Previous Post Next Post