PEMINAT DAN PENYOKONG Arsenal mula men'troll' Manchester United setelah pemain yang dibawa masuk Arsenal dengan kos sebanyak £6 juta menjaringkan dua gol pagi tadi.
United yang bertemu AZ Alkmaar pagi tadi sekadar mencatatkan keputusan seri dan lebih malang lagi apabila gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat pada perlawanan tersebut.
Kejayaan Arsenal memenangi perlawanan dengan keputusan 4-0 pagi tadi dengan penyerang muda, Gabriel Martinelli menjaringkan dua gol membuatkan peminat dan penyokong Arsenal mengejek Manchester United.
Penyerang berusia 18 tahun itu telah menjaringkan empat gol dalam dua aksi sebagai pemain permulaan untuk The Gunners semenjak menandatangani kontrak perpindahan bernilai £6 juta pada musim panas ini.
Kecemerlangan beliau itu menjadikan para peminat Arsenal mulai kagum dengan prospek hangat yang dimiliki ketika ini.
Martinelli menjaringkan dua gol dalam tempoh 16 minit pertama perlawanan sebelum Willock menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-22 dan beliau (Martinelli) turut terlibat dalam gol keempat Arsenal setelah menghasilkan bantuan gol kepada Dani Ceballos, yang menjaringkan gol keempat dan terakhir The Gunners dalam kemenangan besar pagi tadi.
Malah beliau turut dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan - Man of The Match.
Walau bagaimanapun, keseronokan itu tidak berhenti di sana buat peminat Arsenal, yang bergembira selepas wisel penamat dibunyikan dengan turut 'membahan' Manchester United.
Dalam wawancara minggu lepas, Martinelli mendedahkan bagaimana United terlepas peluang untuk menandatanganinya selepas berlatih bersama mereka sebanyak empat kali antara 2015 dan 2017.
Pihak Old Trafford dilaporkan telah mengikuti perkembangan pemain itu bersama beberapa kelab Eropah yang lain dan Martinelli juga telah membuat beberapa aksi percubaan bersama skuad remaja United.
Namun Red Devils jelas tidak berminat dan melepaskan peluang tersebut, yang akhirnya menjadi milik The Gunners setelah menyingkirkan beberapa kelab Eropah lain termasuklah Real Madrid dan Barcelona yang turut berminat mendapatkan Martinelli.
Namun Red Devils jelas tidak berminat dan melepaskan peluang tersebut, yang akhirnya menjadi milik The Gunners setelah menyingkirkan beberapa kelab Eropah lain termasuklah Real Madrid dan Barcelona yang turut berminat mendapatkan Martinelli.
Manchester United Terlepas Peluang Mendapatkan Gabriel Martinelli: Penyerang Arsenal dari… https://t.co/dkFmgOQr4S— MyGooners (@MyGooners1886) September 27, 2019
Ketika ditanya mengenai waktunya dengan United, Martinelli berkata: "Antara 2015 dan 2017 saya pergi ke sana empat kali dan berlatih selama 15 hari.
"Saya meminta untuk mengambil gambar dengan [Patrice] Evra, [Marouane] Fellaini dan pemain-pemain lain.
"Pogba tahu saya adalah pemain Brazil dan bertanya mengenai keadaan saya dan di mana saya bermain. Kami bergambar bersama. "
Sebelum ini peminat dan penyokong Arsenal gembira melihat aksi Martinelli yang menjaringkan dua gol ketika menentang Nottingham Forest dan pagi tadi ianya menambahkan lagi kegembiraan terhadap pemain tersebut yang berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Europa.
Sebelum ini peminat dan penyokong Arsenal gembira melihat aksi Martinelli yang menjaringkan dua gol ketika menentang Nottingham Forest dan pagi tadi ianya menambahkan lagi kegembiraan terhadap pemain tersebut yang berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Europa.
Kegagalan Manchester United untuk menjaringkan gol dan hanya mampu mencatatkan keputusan seri menentang AZ Alkmaar pagi tadi menjadi bahan ejekan peminat Arsenal dan memuji Martinelli, pemain yang tidak dipandang United dahulu.
Jelas sekali prestasi cemerlang Martinelli mengundang bahan buat peminat Arsenal untuk mengejek United.
Berikut adalah reaksi warga Twitter mengenai perkara ini:
Malah bekas pemain United, Michael Owen turut memuji prestasi dan persembahan pemain Arsenal.
- Michael Owen
Jelas sekali prestasi cemerlang Martinelli mengundang bahan buat peminat Arsenal untuk mengejek United.
Berikut adalah reaksi warga Twitter mengenai perkara ini:
18 y & 107d - Gabriel Martinelli is the youngest player to net 2+ goals in a major European game for Arsenal. Star. #UEL pic.twitter.com/1RzV306AJO— OptaJoe (@OptaJoe) October 3, 2019
Gabriel Martinelli is out here scoring goals for fun against the mighty Standard Liege while your striker, Mason Greenwood, can’t even manage a shot on target against sh*tty AZ Alkmaar.— Bhavs (@bhavss14) October 3, 2019
Gabriel Martinelli > Mason Greenwood. Imagine disagreeing. pic.twitter.com/aWJ8c4S5IV
Gabriel Martinelli has always time for his fans pic.twitter.com/hloAccYMQ2— Aubazettes (@Aubazettes) October 3, 2019
Harry Kane watches Gabriel Martinelli’s videos before going to sleep— Aubazettes (@Aubazettes) October 3, 2019
Martinelli has now outscored Mason Greenwood in 2 starts. There’s levels to this. pic.twitter.com/JgjeElYlah— Sameer™ (@afcnine) October 3, 2019
Rashford + lingard = 3 goals— Abokorgunners (@gunnerforever78) October 3, 2019
Gabriel Martinelli =4
If i speak I'm in big trouble 😎 pic.twitter.com/nL12iCl7qy
Rashford & Cos should taken lessons from this lad , Martinelli💪🏻#ARSSTA pic.twitter.com/1jXVp4RyAD— Scopex (@Scopex_nuel) October 3, 2019
(Martinelli) looks like a talent. I really like this lad. The ball has been prepared out wide and he wants to get involved. Once he sees it go out wide he shifts his focus to get in the box. I really like the way he hid behind the defender and got in front when the cross was triggered.
- Michael Owen