Dickson Etuhu didapati bersalah atas kesalahan mengatur perlawanan di Sweden

Bekas pemain Premier League, Dickson Paul Etuhu telah didapati bersalah kerana cubaan mengatur perlawanan di Sweden.

Dickson Etuhu

Mahkamah Rayuan di Stockholm telah mengeluarkan kenyataan tersebut semalam, mendedahkan bekas pemain kebangsaan Nigeria tersebut dan seorang lagi bekas pemain yang tidak dinamakan cuba untuk mempengaruhi penjaga gol AIK, Kyriakos Stamatopoulos dalam satu perlawanan Allsvenskan (liga utama bolasepak Sweden) pada tahun 2017.

Dia pernah bermain sebanyak tujuh perlawanan bersama Stamatopoulos dalam pasukan utama AIK dari musim 2013/14 hingga 2015/16

Etuhu bermain dengan beberapa buah kelab Inggeris, termasuklah Manchester City, Preston North End, dan Blackburn Rovers - kelab terakhirnya sebelum berpindah ke Sweden.

Dia terlepas dari hukuman penjara, tetapi telah dikenakan bayaran denda dan khidmat pemulihan akhlak. Tiada lagi butiran lanjut yang dimaklumkan secara umum.

Mahkamah memberitahu "dari apa yang telah diberikan olehnya kepada pemain tersebut adalah sangat jelas dan harus dihukum sebagai jenayah pemberian rasuah."

Mahkmah Daerah Stockholm sebelum ini mendapati Etuhu tidak bersalah kerana tidak mempunyai bukti kewangan yang kukuh yang ditawarkan kepada Stamatopoulos, yang pada ketika itu merupakan penjaga gol simpanan AIK.

Bekas pemain tengah ini menyertai Preston dari Manchester City pada tahun 2002, dan salah seorang pemain dalam skuad yang mara ke perlawanan akhir play-off Championship pada tahun 2005.

Kemudian, dia menyertai Norwich City (2006 - 2007), Sunderland (2007 - 2008), dan Fulham (2008 - 2012) sebelum kelab Inggeris terakhirnya, Blackburn Rovers pada 2012.

Dia juga pernah bermain sebanyak 20 kali untuk Nigeria, termasuklah penampilan dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 2008 dan 2010, serta Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Post a Comment

Previous Post Next Post