Honda RS150 menanti peminat bertuah yang hadir ke Stadium Hang Jebat esok.

Peluang buat penyokong Melaka untuk memiliki motosikal Honda RS150.

Penyokong Melaka United FC (MUFC) yang hadir menyaksikan aksi tuan rumah menentang Selangor FC pada Ahad ini (esok), berpeluang memenangi sebuah Honda RS150 melalui cabutan bertuah.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, motosikal itu ditawarkan menerusi cabutan bertuah kepada peminat yang hadir di Stadium Hang ­Jebat.

“Cukup mudah, beli tiket berharga RM20 (berbumbung) atau RM12 (tempat duduk terbuka) secara dalam talian dan hadir menonton di stadium Ahad ini.

“Keputusan akan dipaparkan di papan mata bila-bila masa sepanjang perlawanan,” kata Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka.

Sulaiman (dua, kanan) bersama Honda RS150 yang akan diberikan kepada pemenang cabutan bertuah ketika aksi Melaka menentang Selangor pada Ahad ini. Foto: Melaka United Football Club

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar promosi ‘Jom Tengok Bola di Stadium’ serta penyerahan motosikal di Seri Negeri. 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KenTeam Sdn. Bhd., Datuk Seri Justin Lim semalam.

Sulaiman berkata, had penonton dibenarkan memasuki stadium adalah 4,000 orang.

“Kita harap 4,000 orang ini dapat hadir. Kita gemakan ­Stadium Hang Jebat.

“Insya-Allah jika stadium terus penuh pada masa akan datang, kita akan berikan hadiah lain, janji stadium penuh,” katanya.

Bagaimanapun, beliau me­ngingatkan semua pihak, ­terutama penonton agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) jika mahu terus menyaksikan perlawanan di stadium.




Post a Comment

Previous Post Next Post