Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Gunners, Ivan Gazidis (kini menjadi CEO AC Milan) menyedari kesulitan yang dialami Man. United ketika mereka menggantikan Sir Alex Ferguson (SAF).
Gazidis kemudiannya melakukan beberapa perubahan terhadap struktur organisasi Arsenal sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk persediaan kepada pengganti Arsene Wenger.
Perkara itu tidaklah mudah dan memerlukan masa sehinggakan Gazidis sendiri tidak lagi bersama Arsenal, ketika rancangannya terlaksana dan membuahkan hasil.
Perkara itu, termasuklah ahli pasukan awal yang bersamanya dahulu iaitu Mislintat dan Raul Sanllehi.
Individu terawal dalam proses pemulihan Arsenal, yang kini tidak lagi bersama kelab. |
Semenjak SAF (hampir 9 tahun meninggalkan Old Trafford), United dilihat masih gagal menyelesaikan isu tersebut (pengganti) dan menyaksikan skuad Setan Merah itu masih bergelut sehingga kini.
Berbanding Arsenal, tempoh 'murung dan kelam kabut' itu tidak mengambil masa yang lama dengan boleh dikatakan bahawa ianya hampir selesai ketika ini (musim ini - hampir 4 tahun semenjak ketiadaan Arsene Wenger).
Walaupun bergelut pada awalnya, namun apa yang dinikmati peminat dan penyokong Arsenal kini jelas mencerminkan kebijaksaan Edu (pada peringkat awal) dalam perancangannya.
Usaha Edu itu turut dibantu dengan cemerlang oleh bekas kapten Arsenal, Mikel Arteta yang kini berfungsi sebagai pengendali pasukan.
Tindakan Arteta yang tidak berkompromi terhadap mana-mana pemain yang tidak memenuhi serta gagal mematuhi prinsip dalam rancangan jangka panjangnya, jelas membuahkan hasil.
Keharmonian, kesepakatan dan semangat juang pemain telah dipulihkan.
Edu merupakan individu yang masih kekal dalam kumpulan awal pemulihan The Gunners. |
Itulah "kemenangan melalui keharmonian - Victory through harmony" slogan yang dilaung-laungkan The Gunners.
Manakala Edu dan Arteta ketika memulakan rancangan pemulihan Arsenal meminta peminat serta penyokong untuk berada dibelakang pasukan (menyokong usaha mereka) dengan slogan "mempercayai proses itu - trust the process".
Berbeza dengan mereka "Glory Hunter".
Dengan memahami slogan mereka itu... itulah yang dihadapi dan terjadi kepada mereka sejak pengunduran SAF.
Dan terbaru.... dikatakan Joel Glazer tidak akan membenarkan Ten Hag melepaskan Ronaldo.
Pihak pengurusan Man United tidak mengizinkan pengendali pasukan, Ten Hag untuk menyingkirkan Ronaldo. |
Bayangkahlah sekiranya Josh Kroenke menghalang Arteta daripada melepaskan pemain-pemain bintang (superstar) The Gunners dahulu.
Mungkin perkara tidak akan selesai sehingga kini dan Arteta mungkin tidak lagi bersama Arsenal.