Arsenal memulakan kempen baharu musim 2023/24 dengan menerima kunjungan Nottingham Forest di laman sendiri malam ini.
Selepas mendahului liga untuk sekian lama pada musim lalu, skuad Mikel Arteta akhirnya menyerahkan kedudukan itu kepada Manchester City, yang dinobatkan selaku juara.
Sudah pasti ia adalah satu pengakhiran yang sangat mengecewakan namun, ia juga memberikan motivasi kepada Arsenal untuk kembali bangkit dan menjadi lebih berbisa musim ini.
Declan Rice, Kai Havertz dan Jurrien Timber, ketiga-tiga mereka telah dibawa masuk untuk memperkuatkan skuad The Gunners, dalam apa yang boleh diharapkan ianya akan menjadi juara Liga Perdana pada bulan Mei depan.
Arsenal mencatatkan tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam perlawanan persahabatan pra musim selain muncul juara Piala Emirates setelah menewaskan AS Monaco.
- Arsenal 1-1 Nurnberg
- Arsenal 5 - 0 D.C. United
- Arsenal 0 (3) - 2 (5) Man Utd
- Arsenal 5 - 3 Barcelona
- Arsenal 1 (5) -1 (4) Monaco
Malah skuad Mikel Arteta turut cemerlang dalam memulakan kempen kali ini dengan memenangi Piala Perisa Komuniti menewaskan Manchester City menerusi penentuan sepakan penalti.
Namun, persembahan mereka masih belum cukup menggerunkan apatah lagi menyakikan untuk dikatakan ataupun diletakkan sebagai pasukan pilihan menjuarai liga.
Pun begitu, tidak adil untuk mengatakan sedemikian memandangkan ianya masih diperingkat awal dan liga baru sahaja dimulakan dengan Arsenal akan memainkan perlawanan pertama (aksi pembukaan) musim baharu menentang Nottingham Forest, pasukan yang mencari peluang membina kelangsungan mereka pada musim ini (2022/23).
Steve Cooper juga tidak perlu mengintegrasikan seberapa ramai pemain yang ditandatangani kali ini, memberikan lebih banyak masa kepada pengurus Wales itu untuk mengembangkan gaya permainannya bersama Forest.
Berita pasukan
Arsenal tanpa penyerang utama Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko untuk perlawanan pembukaan musim Liga Perdana, dengan kedua-dua pemain itu hanya akan mampu (dijangka) kembali pada September ini.
Jesus diketepikan kerana kecederaan lutut dan Arsenal telah memutuskan untuk merehatkannya pada aksi pra-musim dengan proses pemulihan diteruskan terhadapnya, manakala Zinchenko mengalami kecederaan betis pada masa ini.
Folarin Balogun, Reiss Nelson dan Albert Sambi Lokonga juga boleh terlepas perlawanan kerana masalah kecergasan.
Sementara itu, Nottingham Forest mempunyai lima kecederaan untuk dipertimbangkan buat masa ini.
Omar Richards dan Wayne Hennessey pastinya akan terlepas kunjungan ke Stadium Emirates, manakala bek tengah Felipe, Moussa Niakhate dan Taiwo Awoniyi semuanya bergelut untuk kembali cergas sepenuhnya.
Prestasi semasa
Arsenal memulakan perlawanan pembukaan musim domestik dengan cemerlang apabila menewaskan Manchester City dalam Piala Perisai Komuniti menerusi penentuan sepakan penalti, selepas mereka menduduki tempat kedua musim lalu.
Forest pula berjaya mengelak dari penyingkiran setelah menduduki tangga ke-16 liga dan mengharapkan musim yang lebih baik kali ini di bawah pengurus Steve Cooper.
Michael Oliver akan menjadi pengadil untuk perlawanan malam ini antara Arsenal lwn Nottingham Forest.
Dengan dibantu Stuart Burt dan Dan Cook (penjaga garisan), Darren Bond sebagai pegawai keempat.
Manakala Jarred Gillett ialah sebagai pegawai VAR, dengan Darren Cann sebagai pembantu VAR.