Kenali

"Saya percaya apa sahaja matlamat dalam kehidupan adalah untuk melakukannya dengan baik sehingga menjadi seni." 

Antara ungkapan terkenal Arsene Wenger yang banyak mempengaruhi kehidupan penulis dalam mencipta dan mewujudkan laman ini selain mengharungi kehidupan seharian.

Walaupun perkara ini berlaku dalam kehidupan seharian kita (melakukan dengan baik sehingga menjadi seni), kita tidak dapat mengabaikan beberapa perkara penting dalam mengaitkan petikan itu untuk permainan (bolasepak) yang indah.

Ini kerana bolasepak bukan sahaja seni tetapi lebih daripada itu.

Bolasepak adalah cara hidup yang merangkumi bagaimana seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan seharian dan bagaimana kita menguruskannya (kehidupan kita).

Terdapat ramai individu diluar sana yang bijak, telah belajar tentang kehidupan dengan mengenal erti sebenar bolasepak.

Itulah kesan yang boleh diberikan ataupun diambil dengan memahami dunia sukan bolasepak secara menyeluruh.

Bolasepak adalah salah satu daripada beberapa perkara di dunia yang berjaya menyatukan umat manusia dalam masa kesengsaraan, memperlihatkan kepada kita cahaya ketika kegelapan dan menolong kita melihat di luar garis kuno, bangsa, jantina, kasta atau kepercayaan tanpa membelakangi agama.

Walaupun tidak semua orang memiliki kemampuan yang sama untuk menginjakkan kaki dan menjadi pemain kelas dunia di peringkat elit, ada orang lain yang dilahirkan untuk mempelajari permainan bagaikan seorang ahli falsafah.

Mereka menulis, melihat dari perlbagai sudut, melihat perbezaan, makna, atau perasaan yang sangat kecil. 

Apa yang cuba dilakukan penulis disini adalah untuk mencipta 'seni' dan berkongsi pendapat, pengalaman dan kehidupan seharian selain memberikan sesuatu yang berinformasi melalui tulisan dilaman MyGooners.Com.

Bukan sahaja Arsenal dan bolasepak, malah penulis juga berkongsikan informasi berguna dan semasa termasuklah berita hiburan dan gaya hidup.

Harap anda semua mendapat manfaat selain berhibur.

#COYG!

Post a Comment