Senarai Perpindahan Arsenal Musim Panas 2018

Tarikh kemaskini dan waktu kemaskini: 10 Ogos 2018, jam 1.23 pagi.

Selesai urusan perpindahan peringkat pertama Arsenal dimana tiada lagi pemain yang bakal dibawa masuk sehingga jendela perpindahan Januari 2019 nanti dibuka.



Perubahan tarikh penutupan jendela perpindahan Liga Inggeris melibatkan pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris menyaksikan tiada lagi pembelian pemain dibenarkan selepas jam 5 petang 9 Ogos 2018 (waktu UK - British Summer Time).

Bukan sahaja urusan pembelian, malahan urusan membuat pinjaman pemain (masuk) juga tidak dibenarkan melainkan penjualan dan meminjamkan keluar pemain sahaja dibenarkan sehingga tarikh tutup jendela perpindahan, mengikut yang didaftarkan kepada FIFA iaitu 31 Ogos.

Arsenal setakat ini telah melakukan pembelian pemain seperti berikut:

Bil. Pemain Posisi Kelab Terdahulu Nilai Perpindahan
1 Stephan Lichtsteiner Pertahanan Kanan Juventus Percuma
2 Bernd Leno Penjaga Gol Bayer Leverkusen €25 juta
3 Sokratis Papastathopoulos Pertahanan Tengah Borussia Dortmund €16 juta
4 Lucas Torreira Tengah Sampdoria €30 juta
5 Matteo Guendouzi Tengah Lorient €8 juta

Manakala pemain yang dilepaskan (jual / dilepaskan secara percuma) termasuklah meminjamkan pemain ke kelab lain adalah seperti berikut:

Bil. Pemain Status Nilai Perpindahan Ke Kelab
1 Per Mertesacker Bersara - Akademi Arsenal
2 Santi Cazorla Dilepaskan Percuma Villarreal
3 Jack Wilshere Dilepaskan Percuma West Ham
4 Ryan Huddart Dilepaskan Percuma Boreham Wood F.C
5 Vlad Dragomir Dilepaskan Percuma Perugia
6 Tafari Moore Dilepaskan Percuma Plymouth
7 Hugo Keto Dilepaskan Percuma Brighton
8 Chiori Johnson Dilepaskan Percuma Bolton Wanderers
9 Yassin Fortune Dilepaskan Percuma FC Sion
10 Aaron Eyoma Dilepaskan Percuma Derby
11 Alex Crean Dilepaskan Percuma -
12 Marc Bola Dilepaskan Percuma Blackpool
13 Takuma Asano Dipinjamkan - Hannover
14 Kelechi Nwakali Dipinjamkan - FC Porto
15 Matt Macey Dipinjamkan - Plymouth
16 Calum Chambers Dipinjamkan - Fulham
17 Jeff Reine-Adelaide Dijual Tiada Data Angers
18 Chuba Akpom Dijual €1 juta PAOOK Salonika
19 Joao Virginia Dijual - Everton
20 Lucas Perez Dijual €4.4 juta West Ham

Hasil penjualan pemain Arsenal  mencatatkan jumlah sebanyak €5.4 juta bersamaan kira-kira £3.96 juta manakala pembelian pemain yang dilakukan Arsenal mencatatkan sebanyak € 79 juta, (kira-kira) £71.1 juta.

Dan ini menjadikan nilai perpelanjaan bersih Arsenal setakat ini adalah - €73.6 juta.

Namun Arsenal masih mampu melakukan aktiviti penjualan pemain sehingga 31 Ogos ini sebelum jendela perpindahan Liga Inggeris ditutup.

Post a Comment