Pendedahan Wenger mengenai Serge Gnabry


Arsene Wenger mendedahkan bahawa beliau sememangnya mahu mengekalkan Serge Gnabry di Emirates dan Gnabry sendiri hampir pasti untuk melanjutkan kontraknya bersama The Gunners.Namun, Gnabry telah mengubah fikiran pada saat-saat akhir.

"Saya mahu mengekalkan Gnabry dan mahu melanjutkan kontrak beliau" ujar Wenger ketika disoal didalam temuramah bersama BT Sport.

Gnabry, 21 tahun yang bersama skuad Germany pada temasya Olimpik ketika ditawarkan kontrak baru untuk mengekalkan beliau bersama Arsenal namun akhirnya memilih untuk bersama Werder Bremen pada saat akhir jendela perpindahan bakal ditutup.

Terdapat khabar angin yang mengatakan Bayern Munich memainkan peranan ini dalam mengubah fikiran Gnabry disaat-saat akhir walaupun khabar angin ini telah dinafikan.

"Kami tidak mahu Gnabry meninggalkan Arsenal dan kami berhajat untuk mengekalkan beliau di Arsenal"

"Kontrak Gnabry  hanya tinggal setahun lagi dan kami begitu pasti untuk menyambung kontrak beliau namun akhirnya  beliau mengubah fikiran untuk menyertai  Werder Bremen"

"Kita (Arsenal) telah banyak mengajar dan membentuk Gnabry sebagai pemain bolasepak dan jika kamu bertanyakan soalan ini kepada beliau, sudah pasti beliau juga akan mengakui hal ini".

"Gnabry telah lama bersama Arsenal dan kita (Arsenal) telah banyak membantu beliau dan membentuk beliau selaku pemain dalam membina keyakinan diri selaku pemain bolasepak."

"Beliau (Gnabry) telah lama bersama kami (Arsenal) dan adalah penting untuk beliau kekal bersama kami".

Penjelasan Arsene Wenger ketika dalam sesi temuramah bersama BT Sport ketika mengulas isu perpindahan Serge Gnabry ini.

Sesuatu yang menyedikan apabila melihat Serge Gnabry pergi meninggalkan Arsenal.

Anda pasti "menangis" melihat gol yang dijaringkan oleh Serge Gnabry pada perlawanan MÖNCHENGLADBACH v Werder Bremen.


Viktor Skripnik yang merupakan jurulatih pasukan Werder Bremen menganggap Serge Gnabry merupakan pemain yang lengkap bagi pasukannya.

Statistik beliau bersama Werder Bremen setakat ini:

Kemunculan : 4 perlawanan.
Minit permainan : 360minit.
Gol dijaringkan : 1
Assist: 1
Rating keseluruhan : 7.14

Post a Comment

Previous Post Next Post