"Saya hampir tinggalkan Arsenal " - Iwobi


Pemain muda Arsenal yang kian meningkat naik dan semakin mendapat tempat didalam kesebelasan utama Arsenal, Alex Iwobi membuat pendedahan mengenai kisah silam beliau bersama skuad remaja Arsenal.

Beliau hampir dilepaskan oleh kelab Arsenal yang telah disertai beliau itu pada usia 6 tahun (akademi).



Iwobi ketika bersama akademi Arsenal.
Pemain sayap Arsenal, Alex Iwobi (20 tahun) mendedahkan bahawa beliau hampir-hampir dilepaskan oleh Arsenal dan perkara ini terjadi bukannya sekali tetapi dua kali.

Menceritakan bagaimana beliau hampir-hampir dilepaskan oleh Arsenal sebanyak 2 kali itu, Iwobi yang membuat penampilan pertama bersama skuad Arsenal pada tahun 2015 untuk saingan Piala Liga menentang Sheffield Wednesday mendedahkan perkara itu berlaku pada peringkat beliau bersama skuad remaja Arsenal U14 dan U16.




Kali Pertama
Kali pertama berlaku, pada peringkat beliau bersama skuad remaja Arsenal U14 dimana beliau mendedahkan bahawa beliau menghadapi kesukaran untuk menguruskan masa sertai mengimbangi waktu persekolahan dengan latihan bersama skuad U14 Arsenal. 

Beliau cuba untuk memastikan dirinya kekal bersama Arsenal dan mengakui perkara itu begitu sukar buat dirinya serta beliau sendiri tidak yakin untuk melakukan nya (untuk kekal bersama Arsenal).

Pada peringkat ini, beliau merasakan bahawa diri beliau bakal dilepaskan oleh Arsenal, namun jodoh beliau bersama Arsenal tetap ada dan masih diterima Arsenal ketika itu.


"Kebiasaannya pada bulan Disember, kami akan mengetahui siapa yang akan kekal bersama Arsenal dan siapa yang akan pergi meninggalkan Arsenal."

"Saya pada waktu itu cukup resah dan soalan yang sentiasa bermain difikiran saya ketika itu adakah saya telah melakukan yang terbaik? Adakah saya cukup bagus untuk kekal bersama Arsenal?"

"Akhirnya saya berjaya melakukannya untuk kekal bersama Arsenal setelah diberikan peluang sehingga ke bulan April."

Kali Kedua
Mendedahkan peristiwa kali kedua dimana beliau sekali lagi merasakan jodoh beliau bersama Arsenal bakal berakhir, dan akan dilepaskan oleh Arsenal pada peringkat ataupun pada usia 16 tahun. 

Ketika itu beliau bersama skuad Arsenal U16.

"Pada usia 16 tahun, saya diberi pilihan sama ada untuk kekal atau meninggalkan Arsenal dan akhirnya saya memilih untuk kekal bersama Arsenal kerana itulah sebenarnya apa yang saya mahukan selama ini. Saya cukup selesa bersama Arsenal dan Arsenal adalah rumah saya."

Menceritakan lagi kenapa beliau merasakan begitu pasti untuk dilepaskan oleh Arsenal ketika itu (bersama skuad Arsenal U16), Iwobi memberitahu bahawa skuad Arsenal U16 ketika itu terlalu ramai pemain (U16) yang boleh dikatakan kesemuanya hebat-hebat belaka tambahan lagi terdapat pemain 'international' yang menyertai pasukan U16 Arsenal ketika itu.

Iwobi meraskan dirinya terlalu sukar untuk bersaing dengan pemain-pemain lain didalam skuad U16 ketika itu. Tambahan pula pihak pengurusan (barisan kejurulatihan) sentiasa mahukan yang terbaik daripada setiap pemain dan penilaian ketat dibuat berdasarkan setiap perlawanan yang diadakan dan Iwobi merasakan dirinya tidaklah begitu bagus ketika itu. 

Namun beliau mengakui cukup bertuah kerana sering kali diberikan peluang oleh jurulatih untuk beraksi dan akhirnya beliau sekali lagi berjaya untuk kekal bersama Arsenal.

Peluang kekal bersama skuad U16 Arsenal sangat penting buat dirinya kerana selepas itu beliau mendapat tawaran (kontrak) profesional sebagai pemain bolasepak.

"I was almost released at 14, again at 16 and just about got a professional contract after that," - Iwobi dalam temuramah beliau bersama Standard Sport.


Post a Comment

Previous Post Next Post