Arsenal tidak mungkin akan memenangi sebarang kejuaraan dengan barisan pemain muda.


Menurut Arsene Wenger, Arsenal tidak mungkin akan memenangi sebarang kejuaraan dengan barisan pemain muda dan tidak berpengalaman.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menekankan kepentingan pengalaman dan teras kejayaan pasukan untuk berjaya adalah memilikki barisan pemain berumur antara 23 dan 30.

Wenger telah kerap dikritik kerana kecenderungan untuk bergantung kepada pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik dan bukannya bintang-bintang yang berpengalaman sebelum ini tetapi kini dia telah mengakui pasukan muda tidak mungkin memenangi sebarang trofi utama ataupun kejuaraan.

"Untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang sebenar, anda perlu berumur 23 tahun kerana sebelum itu anda telah belajar mengenai kerja anda (bermain bolasepak) dan untuk berjaya dalam bolasepak anda kadang-kadang mempunyai atau mengalami satu permainan yang hebat dan ada kalanya anda sekadar bermain dalam satu permainan yang sederhana," Wenger memberitahu laman web rasmi Arsenal.

"Anda boleh mempunyai satu atau dua bakat yang luar biasa, seperti pada masa ini kita mempunyai Hector Bellerin dan Alex Iwobi, tetapi teras pasukan untuk mencapai kejayaan haruslah pemain yang berpengalaman dan berumur antara 23tahun ke 30 tahun.

"Jika anda melihat (mana-mana) pasukan kebangsaan, anda tidak pernah melihat mana-mana pasukan kebangsaan memenangi kejohanan utama bersama pasukan muda (pemain muda), kerana pada perlawanan diperingkat tertinggi ia lebih kepada "mental" dan pengalaman untuk memenangi sesuatu yang besar.

"Anda perlu mempunyai satu tahap pengalaman."



Sumber: FFT

Post a Comment

Previous Post Next Post