Pre Match: Arsenal vs Swansea.

The Swans mungkin lawan yang kurang digemari oleh Arsenal kerana pasukan ini bukanlah lawan yang mudah buat Arsenal dan mengikut rekod statistik perlawanan, Arsenal kurang mendapat mata (sukar mengatasi) pasukan ini semenjak Swansea kembali ke kancah Liga Premier (promoted) berbanding (Arsenal) menentang pasukan lain.

Swansea kini yang dikendaikan oleh pengurus baru yang dilantik pada 3 Oktober 2016, Bob Bradley bakal mengemudikan perlawanan pertama beliau ketika menentang Arsenal nanti.

Kedudukan Liga Setakat Ini.
PasukanKedudukan LigaMata
Arsenal316
Swansea174

Head to Head :

Prestasi kedua-dua pasukan untuk 5 perlawanan terakhir liga:
Prestasi kedua-dua pasukan untuk keseluruhan liga 2016/2017 :

Rekod Arsenal setakat ini bagi perlawanan liga (keseluruhan):
GameMenangKalahSeriJaringanBolosClean Sheets
75111673



Fakta perlawanan:
  • Arsenal hanya berjaya memenangi satu perlawanan daripada 5 perlawanan menentang Swansea dalam tempoh lima pertemuan terakhir didalam Liga Perdana Inggeris menentang  Swansea (kalah 3 dan seri 1).
  • Swansea tidak pernah  tewas pada 4 perlawanan terakhir mereka di Emirates dalam Liga Perdana Inggeris (menang 3 dan seri 1).
  • Kadar purata mata Arsenal ditempat sendiri menentang Swansea didalam Liga Perdana Inggeris hanyalah 0.8mata, purata mata yang terteruk Arsenal bermain ditempat sendiri dalam menentang mana-mana pasukan lain diliga perdana.
  • Purata mata Swansea pula adalah sebanyak 2.0 mata setiap perlawanan menentang Arsenal didalam Liga Perdana Inggeris merupakan purata mata tertinggi bagi pihak lawan yang berkunjung ke Emirates dan merupakan purata mata yang terbaik untuk mana-mana pihak pelawat di Emirates.
  • Dalam 4 kunjungan terakhir Swansea ke Emirates dalam perlawanan liga, pasukan yang berpangkalan di Wales ini telah memenangi perlawanan ataupun mencapai keputusan seri hasil jaringan yang dilakukan pada minit ke-74 ataupun lebih daripada minit ke-74. 
  • Bob Bradley adalah pengurus warga Amerika yang pertama yang mengurus pasukan didalam Liga Perdana Inggeris.
  • 3 pengurus Swansea yang terakhir iaitu Francesco Guidolin, Garry Monk dan Michael Laudrup telah berjaya memenangi setiap perlawanan pertama mereka.
  • Arsene Wenger telah memenangi 6 daripada 8 perlawanan terhadap pengurus baru yang pertama kali mengemudi pasukan lawan didalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (termasuklah caretakers) kekalahan terakhir Arsene Wenger adalah menentang West Ham pada Ogos 2015 kepada pengurus baru iaitu Slaven Bilic dan kekalahan pertama  adalah kepada Stuart Pearce menentang Nottingham Forest pada Disember 1996.
  • The Gunners kini telah berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos untuk empat perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan semenjak kali terakhir Arsenal berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos berturut-turut untuk tempoh perlawanan yang lama adalah pada 2009 dengan 6 perlawanan berturut-turut tanpa bolos.

Post a Comment

Previous Post Next Post