Cardiff City telah mengumumkan menandatangani Marouane Chamakh.


Bekas bintang Arsenal, Marouane Chamakh akhirnya menyertai pasukan Cardiff City setelah dibebaskan oleh kelab lama beliau Crystal Palace pada 13 June 2016.

Semenjak dilepaskan oleh Crystal Palace, Chamakh tidak mewakili mana-mana kelab dan kontrak beliau bersama Cardiff City yang ditandatangi pada 11 Oktober 2016 adalah berupa kontrak jangka masa pendek sehingga Januari 2017.

Perjanjian jangka pendek itu yang tertakluk kepada kelulusan antarabangsa menyaksikan Chamakh sekali lagi akan bekerjasama dengan Neil Warnock yang pernah mengemudi Crystal Palace.

Untuk rekod, Marouane Chamakh pernah bermain dibawah Neil Warnock ketika di Crystal Palace.

Penyerang Maghribi telah menandatangani kontrak bersama Bluebirds sehingga Januari ini menyertai 2 lagi pemain yang ditandatangani oleh Warnock sejak menjadi pengurus Cardiff City minggu lalu iaitu Sol Bamba dan Junior Hoilett.

Tegas Warnock "Kami telah menandatangani Marouane pada kontrak jangka pendek sehingga Januari untuk menilai kecergasannya".

"Dia seorang pemain yang serba boleh dan seseorang yang menarik perhatian saya semasa saya berada di Crystal Palace"

Chamakh dibawa masuk ke Arsenal oleh Wenger dengan nilai kos £14juta dari Bordeaux bermain 40 perlawanan dan menjaringkan 8 gol bersama Arsenal didalam liga sebelum berpindah ke Crystal Palace.

KelabPenampilanGolAssist
Bordeaux
286
71
25
Arsenal
67
14
10
Crystal Palace
66
10
4

Mengikut statistik Chamakh bersama kelab Bordeaux, tidak hairan mengapa Wenger menghabiskan £14juta bagi mendapatkan khidmat beliau.

Selamat maju jaya buat Chamakh!

Gol pertama Chamakh ketika bersama Arsenal.





Sumber: 

Post a Comment

Previous Post Next Post