Pre match : Ludogorets vs Arsenal


Arsenal akan berkunjung ke Vasil Levski National Stadium, Bulgaria tanpa 4 tonggak utama iaitu Theo Walcott, Santi Cazorla, Nacho Monreal dan Hector Bellerin dalam menghadapi saingan Champions League peringkat kumpulan pada awal pagi esok menentang Ludogorets Razgrad.

Arsenal dan Paris St-Germain kedua-duanya mempunyai tujuh mata dan berada di tangga teratas Kumpulan A hanya perbezaan gol sahaja yang memisahkan antara Arsenal dengan PSG manakal Ludogorets dan Basel pula masing-masing mempunyai satu mata hasil 3 perlawanan setakat ini.



Menurut Wenger.

"Matlamat utama kami adalah untuk memenangi kumpulan ini"

"Kami juga akan menghadapi PSG ditempat sendiri dan ini adalah satu peluang yang amat baik buat kami."

November Pain.

Skuad The Gunners seterusnya bakal menghadapi perlawanan yang penting dimana pada Ahad ini Arsenal akan menentang musuh tradisinya dari North London - Tottenham Hotspurs kemudian menentang  Manchester United dan Bournemouth didalam saingan liga serta Southampton dalam Piala EFL.

"Kami mempunyai beberapa perlawanan penting selepas ini " kata Wenger.

"Tetapi kita perlu terus melakukan apa yang telah kami lakukan sehingga ke hari ini dengan hanya memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya. Kami perlu cuba untuk memenangi perlawanan pada rabu ini dan kemudian kita akan menentang Tottenham ditempat sendiri ahad ini.

"We've had difficult Novembers in previous seasons, but we've also had positive ones in our history too. The most important thing is to not live in the past, we have to live with the team we have at the moment.


Sumpahan November

Semenjak Arsene Wenger mengambil alih tampuk pengurusan di Highbury pada tahun 1996, Arsenal hanya berjaya (secara purata) memperolehi 1.59mata setiap perlawanan pada bulan November dengan kadar peratusan kemenangan hanya lah 47%.

Walaupun dianggap tidak seteruk mana namun ianya adalah peratusan yang paling kemenangan dan juga merupakan bulan yang paling teruk dalam kalendar bola sepak Wenger bersama Arsenal.

Pada musim lepas, Arsenal banyak kehilangan mata selepas seri dalam menentang Tottenham Hotspur dan Norwich selain menyaksikan Arsenal dibelasah 5-1 oleh Bayern Munich dalam saingan UCL dan tewas kepada West Brom.

Boleh dikatakan Arsenal gagal memungut mata (kehilangan mata) bagi mengejar kejuaraan liga pada perlawanan di bulan November. 

Sebagai contoh, pada musim 2015/2016 dimana kita menyaksikan Arsenal tewas pada perlawanan pembukaan liga kepada West Ham dan selepas itu Arsenal mula bangkit serta berjaya memungut mata (bertambah baik-meningkat) pada bulan  September dan Oktober seperti berjaya menewaskan Manchester United dan Leceister City.

Pada musim ini pula 2016/2017, The Gunners tewas kepada Liverpool pada perlawanan pembukaan liga (perlawanan pertama liga) musim ini dan kemudian diikuti ini dengan seri menetang Leicester serta mula bangkit dan berjaya mengumpul mata secara kosisten (menang) sehinggakan mampu berada di tangga kedua liga (berkongsi mata).

Graf keseluruhan Arsenal.



Rekod keputusan Arsenal bulan November bagi 3 musim sebelum ini.


Perlawanan Bulan November Arsenal 2016/2017.

Bulan November, Arsenal akan menentang 2 musuh utama iaitu Tottenham dan juga Manchester United. Sudah pasti kenangan "pahit" bersama Jose Mourinho bakal menghangatkan lagi perlawanan ini dibulan November.

Berdasarkan sejarah, November bukanlah bulan yang dianggap bertuah buat Wenger.


Post a Comment

Previous Post Next Post