Apa terjadi kepada Home Of Football?

Kredit image: Pinterest

Home Of Football

Stadium Arsenal yang dikenali dengan Highbury ini telah menjadi home buat Arsenal dari 6 September 1913 sehingga 7 May 2006. Mendapat nama sempena lokasi dimana stadium ini dibina dan turut menerima gelaran Home of Football oleh pasukan Arsenal.

Perlawanan terakhir.

Perlawanan terakhir yang berlangsung disini adalah perlawanan liga (perlawanan terakhir liga) pada tahun 2006 diantara Arsenal menentang Wigan.

Perlawanan yang berlangsung pada 7 May 2006 itu menyaksikan Arsenal menang 4-2 mengatasi Wigan.

Arsenal yang memerlukan keputusan menang bagi menjamin tempat ke pusingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL),  bagaimanapun ketinggalan terlebih dahulu kepada (1-2) kepada Wigan sebelum Henry berjaya menjaringkan hat-trik yang seterusnya mengesahkan kemenangan Arsenal selain tempat di UCL musim berikutnya.

Persaingan cukup sengit ketika itu kerana pencabar utama Arsenal yang juga sekutu utama, Spurs juga terdesak untuk memburu slot layak ke UCL.




Video Perlawanan Terakhir.


Apa terjadi kepada Highbury sekarang?

Semenjak Arsenal meninggalkan Highbury pada tahun 2006 dan berpindah ke The Emirates, Stadium Highbury telah mengalami beberapa fasa pembangunan.

Kini Highbury ditukarkan menjadi Highbury Square yang dibangunkan menjadi kediaman unik.

Highbury Square
Walaupun telah dibangunkan menjadi kediaman unik namun padang masih dikekalkan dengan ditukar menjadi taman.
After 93 years as a football stadium, Highbury has been converted into over 650 high specification one, two and three bedroom apartments and penthouses, with the development being named ‘Highbury Square’.
Rujukan: Arsenal.


Gambar-gambar lain Highbury Square.

Padang yang masih dikekalkan namun ditukar menjadi taman.

 Sumber dan kredit gambar: Bradley-Hole Schoenaich Landscape Architects



 Highbury Stadium Arsenal - Highbury Square.

  • Location: London, UK
  • Status: Completed 2010
  • Client: Highbury Holdings Ltd
  • Architect: Allies & Morrison Architects
  • Structural Engineer: Buro Happold
  • Services Engineer: Hoare Lea
  • Quantity Surveyor and Project Manager: Arcadis–AYH
  • Planning Consultants: Savills Hepher Dixon Ltd
  • Photography: Dennis Gilbert/VIEW, Paul Riddle
Awards: 
  • 2010 RIBA Award 
  • 2010 London Planning Award
  • 2010 Best Built Project
  • 2009 Special Jury Award, MIPIM Awards
  • 2003 MIPIM Future Project Award, Residential Category
Floor Plan.



Harga?

Mengikut laporan Mirror UK pada yang diterbitkan pada tahun lalu seunit pangsapuri ini berharga kira-kira £660,000 bersamaan duit kita RM3.5juta seunit.

Masih mengekalkan ciri-ciri Highbury. Gambar diruang "reception".

Kedudukan Highbury Square dan The Emirates Stadium sekarang.

Post a Comment

Previous Post Next Post