Alexis Sanchez cedera bersama skuad Kebangsaan Chile.


Alexis Sanchez terlepas peluang beraksi menentang Colombia dalam aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia bersama skuad Chile selepas dilaporkan mengalami kecederaan.



Pemain penyerang Arsenal, Alexis Sanchez akan terlepas peluang beraksi didalam perlawanan kelayakan Piala Dunia mewakili Chile menentang Colombia pada hari Khamis nanti kerana mengalami kecederaan.

Sanchez telah direhatkan daripada menyertai latihan bersama skuad Kebangsaan Chile pada hari Selasa (semalam), dengan laporan daripada media tempatan yang merujuk kepada beliau telah mengalami kecederaan betis (calf problem).

Pengurus pasukan kebangsaan Chile FA (ANFP) telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan Sanchez telah mengalami kecederaan dan ianya pada tahap rendah "low-grade muscle injury" dan sempat pulih bagi perlawanan berikutnya.

Pemain berusia 27 tahun itu akan kekal bersama skuad Juan Antonio Pizzi dalam usaha beliau untuk mengekalkan tahap kecergasannya dalam menghadapi perlawanan minggu depan menentang Uruguay dilaman sendiri, namun beliau (Sanchez) tidak akan ke Barranquilla (menentang Colombia).

"Pasukan perubatan kebangsaan Chile mengesahkan bahawa kecederaan pemain (Alexis Sanchez) hanya pada tahap rendah dan tidak membimbangkan" menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ANFP.

"Alexis Sancehz akan berada di Santiago untuk menerima rawatan serta kecergasan beliau akan dipantau oleh pasukan perubatan kebangsaan Chile. Ini bertujuan bagi memastikan Alexis Sanchez bersedia untuk bermain dalam persiapan Chile menentang Uruguay pada minggu depan"

Chile kini berada ditangga kelima dalam kumpulan bagi kelayakan peringkat zon Amerika Selatan (CONMEBOL), satu mata di belakang Colombia untuk layak secara automatik ke Piala Dunia 2018.


  • 4 pasukan teratas peringkat kumpulan layak secara automatik ke Piala Dunia manakala pasukan ditangga kelima akan menyertai perlawanan play-off (inter-confederation play-offs).

Sanchez yang berada dalam prestasi terbaik ketika ini bersama Arsenal telah berjaya menjaringkan lapan gol dalam 15 perlawanan untuk semua kejohanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post