Giroud bukan Plan B tegas Wenger.


Olivier Giroud masih belum memulakan perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk Arsenal musim ini, tetapi Arsene Wenger menegaskan dia bukan pilihan kedua.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyatakan sokongan kepada Olivier Giroud dan menegaskan penyerang itu tidak dianggap sebagai pilihan kedua (back-up) di Emirates.

Pemain antarabangsa Perancis itu membuat 26 penampilan dalam Liga Perdana dalam 2015-16, namun bagi musim ini beliau hanya membuat 4 penampilan (masuk sebagai pemain gantian) namun telah berjaya menjaringkan 4 gol dan 1 assist pada musim ini.

SainganPenambilanGolAssist
Premier League
4
2
1
Champions League
2
1
0
EFL Cup
1
0
1

Sepanjang ketiadaan Giroud, Alexis Sanchez telah menggantikan posisi beliau dan hasilnya Sanchez berjaya meledakkan 8 gol dalam 14 perlawanan (semua saingan).

Giroud yang masuk sebagai pemain gantian ketika membantu Arsenal mencatat kemenangan dengan menewaskan Sundeland 4-1 hasil sumbangan 2 gol jaringan beliau sebelum sekali lagi membantu Arsenal dalam menjaringkan gol penyamaan ketika menetang  Ludogorets dalam aksi Liga Juara-Juara.

Walaupun peranan dan aksinya (Giroud) dilihat terhad pada musim ini akibat kecederaan pada kaki beliau, namun Wenger menegaskan bahawa Giroud bukan la pilihan kedua untuk musim ini.

"Tidak ada pelan B dalam mana-mana pasukan, saya tidak pernah terfikir mengenai pemain saya seperti itu," kata Wenger dalam sidang media menjelang perlawanan Derby Utara London di Emirates menentang Tottenham Ahad ini.

"Buat pasukan apa yang paling penting adalah untuk perlawanan seterusnya, siapa yang paling efektif dialah yang akan dipilih dan saya menganggap semua pemain saya adalah pemain tetap (regular).Itulah yang difikirkan oleh seorang pengurus (pada asasnya) untuk menentukan apa dan siapa yang terbaik untuk perlawanan seterusnya.

"Jika dalam fikiran anda dia akan bermain untuk perlawanan seterusnya...maka dia akan bermain dan jika dia tiada didalam fikiran anda ..maka dia tidak akan bermain. Beliau telah menunjukkan serta membuktikan bahawa dia adalah aset yang besar untuk kelab dan saya sentiasa menyokong beliau."

Kepulangan Aaron Ramsey daripada kecederaan hamstring telah menyaksikan pemain antarabangsa Wales itu kembali berperanan dibahagian tengah Arsenal. Dan Arsene Wenger sekali lagi menegaskan bahawa tiada pilihan tetap buat pemain dalam skuad Arsenal.

"Tidak, sekali lagi saya hanya memikirkan perlawanan seterusnya dan cuba untuk mencari keseimbangan antara pemain dalam kedudukan di mana mereka boleh memberikan yang terbaik untuk pasukan," kata pengurus dari Perancis.

Kembalinya Ramsey menyaksikan bahagian tengah Arsenal dilihat semakin kuat dan mempunyai banyak pilihan pemain. Dan Ramsey boleh bermain pada posisi sayap atau tengah.

"Aaron Ramsey kembali dari 11 minggu kecederaan dan beliau tidak kembali cergas dengan serta-merta...beliau memerlukan masa dan permainan bagi memulihkan kecergasan serta skill dalam perlawanan kompetitif.

"Dia lebih suka untuk bermain pada bahagian tengah dan saya boleh faham perasaan dan keinginan beliau. Tetapi apabila dia bermain pada posisi sayap dia mempunyai kebebasan yang mencukupi untuk bermain pada bahagian tengah juga.

"Sudah tentu saya bercakap dengan kesemua pemain saya mengenai prestasi dan mengenai kedudukan mereka.Saya hanya mahukan pemain merasa gembira dan seronok untuk bermain dalam kedudukan yang terbaik."


Post a Comment

Previous Post Next Post