Perang Psychology Wenger menjelang North London Derby


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger melancar perang psychology terhadap lawannya - Tottenham Hotspur.

Menurut Wenger, Arsenal tetap menjadi pasukan yang lebih "besar" dan hebat daripada Spurs walaupun dengan kemajuan pasukan Tottenham dalam perkembangan stadium mereka.

Tottenham akan bermain distadium White Hart Lane yang akan dibangunkan pada tahun 2018 dengan kapasiti 61,000 tempat duduk, jauh lebih besar daripada Emirates Stadium Arsenal ( 60,432 kapasiti tempat duduk ) .



Arsene Wenger berkata Arsenal akan sentiasa menjadi kelab yang lebih besar daripada Tottenham selagi kelab (Arsenal) melakukan kerja mereka di atas padang (memenangi perlawanan).

Di bawah Wenger, Arsenal tidak pernah menamatkan liga dibawah (kedudukan)
Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi Spurs pada musim lalu dibawah kendalian  Mauricio Pochettino telah mula merapatkan jurang dengan Arsenal dan hasilnya mereka (Tottenham) menamatkan musim lalu ditempat ke-3 dan bawah Arsenal (tempat ke-2) dengan perbezaan satu mata.

Kedudukan liga musim 2015/2016.
Bagaimanapun, Wenger menegaskan dia tidak bimbang dengan kedudukan Tottenham dan pengendali daripada Perancis itu mencetuskan "api" menjelang North London Derby esok dengan mendakwa bahawa Spurs akan kekal didalam bayang-bayang Arsenal selagi skuad Gunners terus maju dari segi kekuatan di atas padang.

"Saya tidak berfikir tentang Tottenham akan menjadi kelab yang lebih besar daripada Arsenal"  - Wenger.

Arsenal kini hanya berada 3 mata untuk memisahkan antara Spurs yang berada ditangga ke 5 dengan mengumpul 20 mata manakala Arsenal ditangga ke 3 dengan mengumpul 23 mata berbaki satu perlawanan dengan pendahulu liga Chelsea yang mengumpul 25 mata hasil 11 perlawanan.

Kedudukan terkini liga.
"Saya sentiasa memikirkan tentang Arsenal dan bagaimana mahu membuat kita sebesar mungkin, menjadikan kita lebih kuat. Kami mempunyai peminat yang kuat, mungkin yang paling kuat di London, dan selagi kita melakukan tugas kami dengan baik dan cemerlang Arsenal akan sentiasa menjadi lebih kuat."


"Tidak ada jaminan dalam kedudukan dan ianya adalah mengenai bagaimana kita melakukan kerja kita, tetapi pada akhirnya segala-galanya yang akan menentukan nasib kita adalah apa yang kita lakukan dan apa yang berlaku di atas padang."

Itulah yang menggambarkan kekuatan sesebuah pasukan... Konsisten di peringkat tertinggi.

Untuk rekod - Head to Head Arsenal vs Tottenham:


FAKTA PERLAWANAN.

  • Arsenal tidak pernah mancapai kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir "North London Derby" dengan hanya mampu seri 3 perlawanan dan kalah 1 perlawanan.
  • Mauricio Pochettino adalah satu-satunya pengurus Spurs yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pertembungan North London Derby.
  • Tiada pengurus Spurs yang pernah melangkah 5 perlawanan tanpa kalah dalam lima perlawanan pertama menentang Arsenal dalam sejarah derby ini.
  • Satu-satunya perlawanan North London Derby (sebelum ini) yang bermula pada tengah hari adalah pada bulan November 2004 dimana Arsenal menang 5-4 di White Hart Lane.
  • Tiada pasukan yang pernah memenangi perlawanan hasil jaringan pertama (mendahului pada awal permainan). 
  • The Gunners menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam 42 daripada 43 perlawanan terakhir mereka dengan Tottenham dalam semua pertandingan.
  • Tottenham gagal mengekalkan rekod bersih tanpa bolos  dalam 14 perlawanan terdahulu dalam menentang Arsenal bagi saingan Liga Perdana Inggeris.
  • Arsenal hanya kalah sekali dalam 20 perlawanan liga terakhir mereka (W12 D7 L1). 
  • Tottenham pula berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan pertama liga bagi musim ini semenjak kali pertama mereka berjaya melakukan nya pada musim 1990-1991. Dan mereka akhirnya menamatkan musim pada tangga ke-10 musim itu.
  • Sejak penampilan sulungnya pada 2013/14, Mesut Ozil telah menghasilkan 12 assist  dalam saingan Liga Perdana untuk Olivier Giroud. Tiada pemain yang pernah menghasilkan atau berjaya melakukan assist bagi rakan sepasukan sepanjang itu.
  • Olivier Giroud telah menjaringkan enam gol dalam enam penampilan terakhir beliau buat Arsenal dalam Liga Perdana  dan 3 gol daripada itu melalui tandukan. Giroud telah menjaringkan 20 gol melalui tandukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.(Rekod penjaring melalui tandukan dalam Liga Perdana Inggeris).
  • Alexis Sanchez telah terlibat secara langsung dalam sembilan gol bagi lapan perlawanan terakhir Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (enam gol, tiga assist).


Post a Comment

Previous Post Next Post