Bayern Munich Tidak Mampu Beli Sanchez.

Kredit gambar : Goal
Laporan Metro UK mendedahkan dimana kelab gergasi Jerman, Bayern Munich tidak mampu memenuhi kehendak gaji yang dipinta Alexis Sanchez dan ini sekaligus menyebabkan mereka tidak berminat untuk menandatangani pemain ini.

Tindakan Bayern itu memberi peluang kepada Manchester City dalam perebutan untuk mendapatkan pemain ini tanpa 'diganggu' oleh Bayern namun mampukah Manchester City memenuhi kehendak gaji Sanchez?

Menurut laporan, Sanchez dikatakan meminta gaji dua kali ganda lebih tinggi daripada apa yang beliau terima ketika ini bersama Arsenal kira-kira  £150,000 seminggu.

Tuntutan gaji yang tinggi daripada Sanchez itu juga menyebabkan Bayern tidak mahu meneruskan perbincangan mendapatkan Sanchez memandangkan mereka (Bayern) hanya mampu membayar gaji sekitar  £230,000 seminggu.

Manakala City pula dikatakan begitu berminat mendapatkan Sanchez bagi mengurangkan bebanan penyerang mereka, Sergio Aguero. Terdahulu City telah pun mendapatkan Bernardo Silva daripada Monaco dengan bayaran perpindahan sekitar £43 juta.

Adakah Wenger akan melepaskan Sanchez kepada City? 

Persoalan yang bakal timbul jika City mempu menawarkan gaji yang dipinta oleh Sanchez, adakah Wenger bersedia melepaskan pemain ini?

Laporan sebelum ini mengatakan Wenger lebih rela 'lepaskan' Sanchez kepada kelab eropah lain daripada 'menyerahkan' Sanchez kepada kelab EPL.

Post a Comment

Previous Post Next Post