Santi Cazorla jalani pembedahan kali kelapan.


Santi Cazorla dijangka kembali cergas dalam tempoh lima bulan lagi.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh ESPN, Cazorla 32 tahun dijangka pulih dan kembali cergas dalam masa sekurang-kurangnya lima bulan lagi selepas menjalani satu lagi pembedahan pada Isnin lalu.

Pembedahan yang dilakukan itu merupakan pembedahan kelapan beliau semenjak mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kanan yang dihadapinya pada Oktober tahun lalu.

Aksi terakhir beliau setakat ini bersama Arsenal adalah pada perlawanan dimana Arsenal menewaskan Ludogorets 6-0 dalam saingan Champions League (19 Oktober 2016).

Dalam satu temuramah beliau bersama Cadena Ser, Cazorla telah memberitahu dimana musim 2016-17 merupakan musim terburuk beliau dalam karier bola sepaknya.

Cazorla yang pernah mengalami kecederaan teruk pada tahun 2010 bersama Villarreal, namun menurut beliau kecederaan kali ini merupakan yang terburuk pernah beliau alami dan kini beliau hanya mampu berharap agar dapat kembali beraksi dengan segera. 


"I've had complications since November. I got a bacterial infection in surgery, my bone got infected, the wound would not close and I had a graft done. 

-- ESPN

Cazorla yang menyertai Arsenal pada Ogos 2012 daripada kelab Sepanyol, Malaga bersyukur dengan sokongan yang ditunjukkan oleh Arsenal dan juga Arsene Wenger.

Kontrak dilanjutkan.

Kontrak asal beliau bakal berakhir pada penghujung musim ini namun menurut Cazorla beliau telah ditawarkan kontrak lanjutan selama setahun dan beliau telah menandatangi kontrak tersebut sebelum menjalani pembedahan pada Isnin lalu.

‘They were very good to me, they renewed me before my operation, the manager talked to me and gave me peace of mind,’ he said.

‘It’s been a difficult season, since I have not played since November. I’ve been through surgery eight times. 

‘I had the last one yesterday, and hopefully everything will go well.'


Post a Comment

Previous Post Next Post