Bekas Penyerang Arsenal Namakan Tujuh Pemain Yang Patut Dijual.

Charlie Nicholas. Kredit gambar: Arsenal
Bekas penyerang Arsenal, Charlie Nicholas dalam temubual bersama Sky Sports, telah menamakan tujuh pemain yang patut Arsenal jual pada jendela perpindahan ini. 

Charlie Nicholas, 55 tahun pernah menyarung jersi Arsenal pada tahun 1983 sehingga 1988 membuat 151 penambilan dengan 34 gol berjaya dijaringkan beliau. Selepas bersara, beliau kini menjadi pundit di Sky Sports dan Soccer Saturday.

Sebelum perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini, beliau antara pundit yang memilih Arsenal untuk menjuarai dan memenangi perlawanan itu dengan gol kemenangan Arsenal dihasilkan oleh Giroud.

Beliau lebih dikenali dengan aksi bersama Celtic dimana sebelum menyertai Arsenal beliau menghabiskan tiga musim bersama kelab Scotland itu dan selepas meninggalkan Arsenal, beliau menghabiskan dua musim bersama Aberdeen.

Beliau kembali menyarung jersi kelab lama beliau (Celtic) selepas meninggalkan Aberdeen, untuk tempoh lima musim sebelum mengakhiri karier beliau sebagai pemain bola sepak di kelab Clyde (Scotland).

Dalam temubual itu, beliau merasakan Arsenal perlu menjual sekurang-kurangnya enam atau tujuh pemain serta menamakan tujuh pemain tersebut mengikut pandangan beliau.

“I’m hearing that Per Mertersacker might go into the coaching staff, then I’d let David Ospina, Mathieu Debuchy, Carl Jenkinson, Kieran Gibbs, Francis Coquelin and Olivier Giroud go to build up the transfer kitty. - ​Sky Sports

Beliau telah menamakan David Ospina, Mathieu Debuchy, Carl Jenkinson, Kieran Gibbs, Francis Coquelin dan Olivier Giroud sebagai pemain yang patut dijual Arsenal sambil turut menamakan Laurent Koscielny jika terdapat permintaan dari kelab lain mendapatkan khidmat pemain itu.

Beliau juga turut memberi pandangan dimana Arsenal sekurang-kurangnya perlu membawa masuk empat pemain baru bagi memberikan nafas baru kepada pasukan Arsenal.

Jelas beliau lagi Arsene Wenger perlu memberi penekanan dan keutamaan pada penyerang tengah dengan mencari penyerang yang memiliki kepantasan serta mencari seorang lagi penjaga gawang yang mampu menyaingi Petr Cech.

Sambil menamakan Raphael Varane ataupun Virgil Van Dijk sebagai calon pada bahagian pertahanan yang perlu dibeli oleh Wenger.

Posisi manakah yang anda rasakan patut diberi penekanan dan keutamaan Wenger ketika ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post