Alexis Sanchez dan Mesut Ozil kekal bersama Arsenal

Kredit gambar : Eurosportt
Alexis Sanchez dan Mesut Ozil akan kekal bersama Arsenal menurut Arsene Wenger.

Laporan ESPN, menyebut pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin mengenai masa depan dua pemain sensasi kelab ini yang dikatakan bakal meninggalkan skuad akan terus kekal bersama Arsenal musim depan.

Mengikut laporan tersebut, Wenger begitu yakin kedua-dua pemain ini akan terus kekal bersama skuad beliau dan menolak dakwaan mengenai penjualan kedua-dua pemain tersebut dengan sanggup menanggung risiko bakal kehilangan mereka berdua secara percuma musim depan.

Kontrak Alexis Sanchez dan Mesut Ozil bakal berakhir pada penghujung musim depan kira-kira pada Jun 2018.

Semalam terdapat laporan yang menyatakan bahawa Ozil telah bersetuju untuk menyambung kontrak baru dengan tawaran gaji sekitar £280,000 seminggu. Namun sehingga kini masih belum lagi terdapat pengumuman rasmi mengenai laporan tersebut.

Terdahulu terdapat laporan dimana Wenger telah menyuarakan bahawa beliau tidak sanggup mengulangi kesilapan sebagaimana beliau melepaskan Robin van Persie dan Samir Nasri.

Dan ini memberi bayangan dimana Arsene Wenger mengambil serius mengenai masa depan kedua pemain ini. 

Mengenai Sanchez pula, dilaporkan beliau menunggu keputusan pembelian pemain baru yang akan dibawa masuk Wenger ke Arsenal sebelum membuat sebarang keputusan bersama kelab ini.

Manakala menurut laporan Evening Standard, Sanchez dikatakan bakal ditawarkan kontrak bernilai £300,000 seminggu dan dilaporkan juga bahawa Sanchez menggunakan tawaran yang diterima daripada kelab China bernilai £400,000 sebagai alasan untuk meminta kenaikan gaji termasuklah dalam rundingan dengan kelab lain yang berminat mendapatkan khidmat beliau seperti Manchester City, Chelsea, Juventus, Bayern Munich dan Paris St Germain.

Nampak gayanya, Wenger bakal sibuk dengan urusan pembelian pemain dan juga urusan penjualan pemain disamping rundingan untuk mengekalkan pemain yang bakal berakhir kontrak mereka bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post