Masa depan Jack Wlishere dan lapan pemain lain.


Arsene Wenger bakal lakukan rombakan skuad besar-besaran.

Selepas mengesahkan bahawa beliau (Wenger) masih kekal bersama Arsenal untuk tempoh dua tahun lagi, dilaporkan sejumlah £120juta dana diberikan kepada beliau bagi memantapkan skuad musim hadapan.

Laporan The Times, melaporkan masa depan Jack Wilshere yang mungkin dilepaskan Wenger dalam usaha beliau untuk mengukuhkan skuad disamping lapan pemain lagi turut bakal disingkirkan beliau (menurut laporan Metro). 
 
Sembilan pemain yang kemungkinan digugurkan Wenger adalah seperti Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Francis Coquelin, Yaya Sanogo, Mathieu Debuchy, David Ospina, Carl Jenskinson, Lucas Perez dan Wojciech Szczesny.

Wilshere, 25 tahun hanya tinggal 12 bulan sahaja lagi bersama Arsenal dan sehingga kini masih tiada tawaran baru diberikan kepada beliau.

Dan menurut laporan, Wilshere kemungkinan bakal menyertai skuad West Ham yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England ini.

Yaya Sanogo, Mathieu Debuchy dan David Ospina kemungkinan bakal meningkalkan kelab ini sementara Lucas Perez melalui ejen beliau mengesahkan bahawa pemain itu telah mengeluarkan hasrat untuk meninggalkan kem The Gunners.

Manakala Carl Jenskinson pula bakal menyertai pasukan Crystal Palace setelah gagal dalam jendela perpindahan Januari lalu namun bakal menyertai kelab tersebut pada musim depan sementara Wojciech Szczesny dilihat begitu bersungguh mahu terus kekal bersama Roma.

Nasib Gibbs dan Francis Coquelin yang semakin samar bersama skuad ini berikutan jarang digunakan semenjak pertukaran formasi oleh Wenger serta kehadiran Xhaka dan Mohamed Elneny juga menjadi salah satu faktor untuk Wenger melepaskan pemain ini.

Dengan hasil penjualan sembilan pemain ini ditambah dengan dana yang dibekalkan, mampukah Wenger membentuk sebuah pasukan mantap musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post