Arsenal bida Mbappe.

Kredit gambar : Metro
Arsenal buat tawaran terhadap pemain sensasi Monaco,Kylian Mbappe.

Berita daripada Perancis, L’Equipe melaporkan bahawa Arsenal menyertai Real Madrid dan Manchester City dalam perebutan Kylian Mbappe.

Mbappe pemain muda yang paling mencuri perhatian masa kini telah menjaringkan 15 gol disamping lapan bantuan gol dalam 29 penampilan liga (Ligue 1) musim lalu.

Laporan sebelum ini mendedahkan dimana Real Madrid dan Manchester City telah melakukan bidaan dengan nilai keseluruhan termasuk pakej-pakej lain berjumlah €130juta.

Menurut sumber, Arsenal telah melakukan bidaan dengan menawarkan €100juta (tanpa pakej lain yang diketahui) bagi mendapatkan pemain ini.

Bagaimanapun laporan tersebut tidak menjelaskan samada bidaan tersebut diterima ataupun ditolak memandangkan Monaco masih berharap untuk mengekalkan pemain muda itu bersama mereka musim depan.

Walaupun mempunyai kelebihan bagi Arsenal berbanding pencabar-pencabar lain kerana Mbappe merupakan salah seorang peminat Arsenal dan juga Thierry Henry namun dengan tawaran gaji dan saingan diperingkat tertinggi eropah mungkin menyukarkan beliau untuk menyertai Arsenal.

Arsenal juga dilaporkan dalam proses untuk mendapatkan penyerang Lyon yang sebelum ini dikaitkan bakal menyertai Atletico Madrid, Alexandre Lacazette. 

Dengan Atletico yang dikenakan 'transfer ban' kemungkinan besar untuk Arsenal mendapatkan Lacazette lebih cerah berbanding Mbappe walaupun terdapat laporan dimana Arsenal menumpukan perhatian penuh bagi mendapatkan pemain muda sensasi Monaco itu.

Sumber asal: Metro.

Post a Comment

Previous Post Next Post