Sanchez pasti tinggalkan Arsenal?


Alexis Sanchez dalam laporan terkini mendedahkan mengenai masa depan beliau.

Kemanakah hala tuju Sanchez?
Sanchez bagaikan mengusik dan mempermainkan perasaan penyokong dan peminat Arsenal apabila mendedahkan dimana beliau telah membuat keputusan mengenai masa depan beliau namun tidak memaklumkan dimanakah destinasi beliau sebenarnya bagi musim depan.

Ketika ditanya pada sidang akhbar mengenai desas-desus mengenai beliau akan menyertai kelab rakan senegara beliau, Claudio Bravo yang bermain untuk Manchester City; beliau hanya menjawab:

"Soalan yang bagus"

"Namun ketika ini saya hanya fokus pada Piala Konfederasi"

"Apabila ianya berakhir, saya akan menilai sama ada saya kekal (bersama Arsenal) atau tidak"

Namun apabila didesak lagi, inilah jawapan beliau.

"Yes [my future] is clear, but I can't tell you."

Selepas gergasi bolasepak Jerman, Bayern Munich dilaporkan tidak akan 'memburu' beliau, Manchester City satu-satunya ketika ini dikatakan mampu untuk memenuhi tuntutan gaji yang diminta pemain kebangsaan Chile ini.

Chile bakal bertemu Jerman pada perlawanan akhir Piala Konfederasi yang dijadualkan Ahad ini selepas berjaya menewaskan Portugal melalui penentuan sepakan penalti.

Melihat kepada senario ini, penulis merasakan bahawa beliau akan kekal bersama Arsenal.

Apa kata anda pulak?

Post a Comment

Previous Post Next Post