Arsenal cari pemain berkualiti


Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis menegaskan bahawa kelab dalam usaha mencari pemain berkualiti terbaik pada jendela perpindahan kali ini sambil mempertahankan keputusan Arsenal untuk melanjutkan kontrak pengurus Arsene Wenger.

Wenger yang menjadi pengurus paling lama mengemudi Arsenal semenjak tahun 1996 mendapat tentangan peminat dan penyokong The Gunners mengenai prestasi hambar musim lalu dalam saingan liga yang menyaksikan pasukan ini terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara musim depan.


Bagaimanapun Wenger tetap ditawarkan kontrak baru selama dua tahun selepas berjaya membawa Arsenal menjuarai Piala FA pada Mei lalu dan Gazidis menyifatkan bahawa tawaran (sambungan) kontrak tersebut merupakan satu keputusan tepat buat kelab ini.

"It wasn't a sentimental decision" 

"It was a mutual one."

Memetik lagi kenyataan beliau mengenai pembelian pemain baru bagi memperkuatkan skuad ataupun pasukan ini musim depan, beliau menambah :

"Kami mencari pemain berkualiti tinggi terbaik. Kami mempunyai scouts (pencari bakat) tiga kali  lebih ramai daripada apa yang kami ada empat tahun lalu. Saya percaya bahawa untuk menjadi kelab bola sepak bertaraf dunia, anda perlu menjadi dan berada pada kelas dunia diluar padang (scouting)."

"Saya mengambil berat mengenai kelab serta kepentingan ini dan saya juga mahu melihat kelab ini berjaya."

Selain menyentuh mengenai pembelian pemain baru, Gazidis juga mengakui dimana kelab (Arsenal) perlu ada hubungan yang lebih erat bersama peminat dan kekal bersatu dalam menghadapi cabaran musim depan.

Ivan Gazidis admits Arsenal need to reconnect with their fanbase and restore unity

- Telegraph

Gazidis mengakui wujud perpecahan dan jurang diantara peminat dan penyokong dengan pasukan ekoran lantikan Wenger yang disambung kontrak namun menegaskan bahawa barisan kepimpinan Arsenal (Board of Director) telah membuat keputusan itu (kontrak) setelah meniliti dan menilai pencapaian Wenger serta kebolehan beliau untuk mencapai gelaran juara Liga Perdana.


Beliau menyifatkannya sebagai keputusan yang betul dan bukannya berdasarkan "popular" ataupun "sentimental" namun percaya bahawa terdapat jalan penyelesaian terhadap jurang diantara peminat dan pasukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post