Apa Khabar Santi Cazorla..?

Oooh....Santiiii...Cazorla...

Laungan yang dirindui...
Masih teringat dan teriang-iang ditelinga laungan tersebut walaupun penulis sekadar menonton perlawanan melalui televisyen sahaja.


Beliau terlepas kesemua 43 perlawanan bersama Arsenal musim lepas ekoran kecederaan pada buku lali beliau yang dialaminya musim lalu. Kecederaan ketika perlawanan menentang Ludogorets dalam saingan Liga Juara-Juara yang menyaksikan Arsenal menang 6-0.

Selepas melakukan pembedahan buat kali kelapan, beliau kini berada dalam proses rehabilitasi dan aksi kreatif beliau amat dirindui lebih-lebih lagi saingan liga bakal bermula bulan depan (Ogos 2018).


Perkembangan Terkini
Awal bulan lalu, Express melaporkan dimana khidmat pemain ini kemungkinan tidak dapat digunakan Arsenal sepenuhnya bagi musim akan datang.

But Express Sport understands Cazorla now faces the prospect of being sidelined for almost two full seasons in succession.

Laporan itu juga mendedahkan dimana Cazorla kemungkinan tidak mampu beraksi dalam skuad utama jika sempat pulih sebaliknya perlu mengembalikan kecergasan beliau bersama skuad Bawah 23 tahun Arsenal.

Kecewa dengan laporan tersebut (mengenai perkembangan Cazorla), pelbagai reaksi yang dapat dilihat melalui laman twitter.
Pengganti
Dengan ketiadaan Cazorla, adakah Arsenal perlu mencari pengganti? Rata-rata penyokong mahukan Wenger mencari pengganti pemain tersebut andaikata beliau tidak sempat pulih sebagaimana yang dilaporkan.

Sepanjang ketiadaan pemain berusia 32 tahun ini, Arsenal dilihat bergelut dalam penamatkan saingan musim lalu dengan muncul di tempat kelima dalam saingan Liga Perdana.

Status kecederaan Cazorla masih menjadi tanda tanya.
Dengan kedudukan kelima liga, ini bermaksud buat pertama kalinya dalam sejarah Arsene Wenger selaku pengurus pasukan (Arsenal) gagal meraih tempat di Liga Juara-Juara.

Barisan tengah Arsenal kini hanya diisi beberapa pemain seperti Jeff Reine-Adelaide, Aaron Ramsey, Jack Wilshere, Mesut Ozil, Alex Oxlade-Chamberlain, Granit Xhaka, Francis Coquelin dan Mohamed Elneny. 

Namun pendapat peribadi penulis, Arsenal lebih memerlukan seorang pemain tengah baru yang kreatif  (mengisi/menggantikan tempat Cazorla) yang mampu membantu jentera serangan yang bakal diterajui oleh penyerang baru, Lacazette.

Walaupun kita masih mempunyai Ozil yang mampu memberi sesuatu dalam corak serangan, namun seorang lagi pemain kreatif (gandingan) juga perlu bagi membantu meringankan beban Ozil dalam melancarkan serangan.

Mungkin nama-nama seperti Joe Allen daripada Stoke City dan Miralem Pjanic daripada Juventus boleh dipertimbangkan.

Joe Allen
Allen, 27 tahun bekas pemain Liverpool yang kini bersama Stoke City walaupun tidaklah sehebat Cazorla namun dengan kebolehan dan 'vison' serta memiliki 'intelligent' yang mampu mengawal situasi bola sedikit sebanyak mampu mengisi tempat Cazorla tambahan lagi beliau bergandingan bersama Ramsey dalam skuad kebangsaan Wales. Ini juga memberikan sedikit kelebihan kepada pemain ini dalam menyesuaikan diri bersama taktikal Wenger (dibantu oleh Ramsey).

Manakala Pjanic, 27 tahun pemain kelahiran Bosnia ini beraksi bersama Juventus musim lalu. Namun agak sukar untuk mendapatkan pemain ini memandangkan beliau baru semusim bersama Juventus yang disertainya daripada Roma pada tahun 2016.

Miralem Pjanic
Beliau yang telah membuat 189 penampilan dalam Sirie A berjaya menjaringkan 32 gol dan 54 assists setakat ini.  Seorang pemain yang kreatif dan pernah dilaporkan bahawa pemain ini telah mencapai persetujuan secara lisan bersama Wenger untuk menyertai Arsenal.

Laporan (Rumors)
Laporan terkini mengatakan dimana Arsenal bakal menandatangani Leon Goretzka daripada kelab Jerman, Schalke 04.

Leon Goretzka
Beliau berusia 22 tahun telah membuat 90 penampilan dalam aksi Bundesliga dengan 10 gol dan 10 assists berjaya dicipta setakat ini.

Apa-apapun, penulis tetap merindui aksi Cazorla. Semoga beliau kembali beraksi bersama Arsenal  (cepat sembuh dan cepat cergas).

Post a Comment

Previous Post Next Post