Status terkini Joel Campbell.

Campbell mengalami kecederaan bersama Skuad Costa Rica.


Arsenal telah mengumumkan nombor skuad untuk musim depan dan ini seolah-olah memberi petanda kepada peminat dan penyokong Arsenal bahawa kita bakal kehilangan seorang lagi pemain iaitu Joel Campbell.

Alexandre Lacazette, penyerang baru yang dibawa masuk telah diberikan jersi bernombor sembilan yang mana sebelum ini dipakai oleh Lucas Perez dan Perez pula diberikan nombor baru iaitu 28.

Campbell menyertai Arsenal dari kelab Costa Rican, Deportivo Saprissa pada tahun 2011 dengan nilai perpindahan berjumlah £850,000 sehingga kini masih gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad Arsenal.

Setelah gagal mendapatkan permit kerja sejurus menyertai Arsenal, beliau kemudiannya dipinjamkan kepada kelab Lorient selama satu musim. 

Walaupun beliau telah diberikan permit kerja pada tahun 2013, namun beliau tetap gagal menawan hati Wenger sehinggakan pada musim lalu beliau dipinjamkan kepada  Sporting CP.

Bersama kelab tersebut, beliau hanya berjaya menjaringkan tiga gol dalam 29 penampilan pada musim lalu.

Mampukah beliau menawan hati Wenger memandangkan kontrak beliau bakal berakhir pada pertengahan tahun 2018.



Perkembangan terkini.
Beliau kini bersama skuad kebangsaan Costa Rica dalam menghadapi saingan Gold Cup (CONCACAF Gold Cup) namun dikhabarkan mengalami kecederaan serius yang mana memaksa beliau menarik diri dari skuad kebangsaan negara Costa Rica.

Campbell mengalami kecederaan pada minit ke-24 perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Canada. 

Kecederaan beliau serta penarikan diri daripada skuad kebangsaan itu diumumkan atau disahkan oleh beliau sendiri melalui lawan sosial Twitter beliau.
Pemain berusia 25 tahun ini lebih banyak membuat penampilan untuk kelab pinjamannya daripada dengan Arsenal dan situasi terkini dijangkakan beliau bakal menjadi salah seorang pemain yang meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan ini.

Dengan nombor jersi terakhir (No.28) beliau bersama Arsenal telah diberikan kepada Lucas Perez, masa depan beliau bersama Arsenal musim depan semakin samar.

Post a Comment

Previous Post Next Post