Arsenal bakal beli bekas pemain-nya.

Wenger dilaporkan bakal membeli kembali 'New Neymar'.
Gosip perpindahan terbaru yang melibatkan Arsenal adalah pemain kelahiran Brazil, Wellington Silva. Pemain berusia 24 tahun yang pernah dimiliki Arsenal.

Wellington Silva
Kredit gambar : ESPN
Beliau pernah menyertai Arsenal pada tahun 2010, namun kelibat beliau jarang kelihatan bersama Arsenal dan boleh dikatakan hampir tiada langsung aksi beliau bersama skuad Arsenal. 



Menyertai Arsenal pada penghjung bulan Januari 2010, setelah berjaya memikat pihak penilai bakat akademi Arsenal melalui uji bakat yang dijalankan pihak akademi Arsenal.

Aksi beliau yang berjaya menjaringkan empat gol dalam perlawanan (uji bakat ataupun trial) menentang Norwich membuatkan beliau terpilih menyertai Arsenal.

Aksi Silva dalam 'trial' menambat barisan kejurulatihan Arsenal pada tahun 2008.
Selepas gagal mendapatkan permit serta penarikan kembali status " Special Talent Visa" yang diberikan oleh FA England pada awalnya kepada beliau, ini menyebabkan Arsenal terpaksa meminjamkan beliau kepada kelab lain.

Silva berjaya mendapatkan permit kerja pada tahun 2015 selepas memperolehi passport / warganegara Sepanyol.
Beliau selepas itu beliau menghabiskan karier beliau bersama Arsenal dengan menyertai kelab lain secara pinjaman selama hampir 6 musim sebelum menyertai kelab asal beliau Fluminense secara tetap dengan kontrak selama empat tahun.

Musim / Tahun Pasukan / Kelab Penampilan Gol dijaringkan
2009–2010 Fluminense 2 0
2010–2016 Arsenal 0 0
2011 Levante (dipinjamkan) 2 0
2011–2012 Alcoyano (dipinjamkan) 16 3
2012–2013 Ponferradina (dipinjamkan) 20 3
2013–2014 Murcia (dipinjamkan) 38 3
2014–2015 Almería (dipinjamkan) 31 0
2015–2016 Bolton Wanderers (dipinjamkan 22 2
2016 - Kini Fluminense 20 2

Bersama kelab lama beliau yang disertai kembali (Fluminense) musim lepas, aksi beliau berjaya memikat kelab Perancis, Bordeaux. Dan dikatakan kelab daripada Perancis itu berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Silva yang pernah dikatakan bakal menggantikan  Alex Iwobi dan Serge Gnabry pada musim terakhir beliau bersama Arsenal (sekembali daripada pinjaman bersama Bolton)

Rumors Terkini
Arsenal dilaporkan bakal meng'activate' klausa 'buy-back' dalam kontrak Wellington Silva.

Laporan mengenai transfer rumors Arsenal yang bakal membeli kembali Wellington Silva dikatakan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

According to French newspaper L'Equipe, the Gunners are planning on triggering Silva's buy-back clause before selling him on for a profit.

Laporan itu juga menyebut dimana Arsenal bakal mengaktifkan klausa pembelian semula yang dianggarkan bernilai £3juta sebelum menjual pemain sayap ini kepada Bordeaux.

Dan dikatakan juga dimana Bordeaux telah berunding serta mencapai persetujuan bersama Arsenal dalam proses pembelian Silva dengan nilai perpindahan sekitar £4.3.

Begitu juga dengan Silva yang dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk menyertai kelab Perancis itu dan hanya menunggu proses pertukaran 'jual beli' ini berlaku secara sah (official).

Video Aksi dan Skill Wellington Silva 

Sesuatu yang menyedihkan dimana pada satu ketika beliau digelar 'The new Neymar' setelah berjaya memperolehi permit kerja namun peminat dan penyokong Arsenal gagal menyaksikan aksi beliau bersama skuad The Gunners sebaliknya beliau kembali kepada bekas pasukan beliau, Fluminense.

Known as the "New Neymar," Silva is a skilful player who loves to inject flair into his output on the pitch, according to Ashley Clements of the Daily Mail.

Post a Comment

Previous Post Next Post