Per Mertesacker mula bersuara mengenai isu masa depan pemain kebangsaan Chile.


Sanchez perlukan ruang untuk tentukan masa depan beliau jelas Per Mertesacker.

"Saya begitu yakin". Jelas Per Mertesacker mengenai Alexis Sanchez kekal bersama Arsenal sebelum ini.

Namun dengan pendedahan terbaru pemain kebangsaan Chile itu, Per Mertesacker merasakan dimana Alexis Sanchez perlu diberikan ruang dan masa untuk menentukan masa depan pemain itu bersama Arsenal.

Sanchez, 28 tahun yang memasukki tahun terakhir kontrak beliau bersama Arsenal dikaitkan bakal meninggalkan pasukan itu ketika ini.


Sanchez baru-baru ini telah mendedahkan dimana beliau mahu beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara dan mahu memenangai kejohanan tersebut yang di impikan semenjak kecil lagi.

Pendedahan itu bagaikan memberi isyarat dimana beliau mahu meninggalkan Arsenal lebih-lebih lagi Arsenal gagal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.



Per Mertesacker turut mengatakan dimana belum masih belum berkesempatan bercakap dengan pemain itu dan mengakui pemain itu (Sanchez) perlukan masa untuk  bersendirian serta berehat ketika ini selepas mengharungi kejohanan Piala Konfederasi.

"He played almost every game last season and then the Confederations Cup. You need to leave him alone to make up his mind about what he wants to do.

Sanchez telah menjaringkan 24 gol dalam saingan Liga Perdana dan 10 assists dicipta musim lalu namun gagal membantu Arsenal untuk menamatkan saingan liga ditempat yang lebih baik sebaliknya Arsenal sekadar menamatkan saingan ditangga kelima liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post