Arsenal sedia lepaskan Gibbs

Kredit gambar : Mirror
Kieran Gibbs, 27 tahun yang hanya tinggal setahun lagi bersama Arsenal sebelum kontrak beliau berakhir dan sehingga kini masih belum ditawarkan kontrak baru.

Menurut laporan yang dikeluarkan Mirror, Arsenal sedia lepaskan pemain pertahan kiri itu sekiranya terdapat mana-mana pasukan yang sanggup menawarkan  £8juta bagi mendapatkan pemain ini.

Newcastle antara pasukan yang berminat mendapatkan pemain ini namun dikatakan tidak dapat memenuhi tuntutan gaji yang dipinta oleh Gibbs.

Gibbs yang menerima gaji sebanyak £60,000 seminggu daripada Arsenal dikatakan meminta £70,000 untuk beliau menyertai mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan beliau termasuklah Newcastle.

Musim lalu, Gibbs hanya membuat 11 penampilan dalam saingan Liga Perdana yang dengan lima perlawanan beliau bermain sepenuh masa (90minit). Posisi pertahanan kiri Arsenal lebih banyak dikuasai oleh Nacho Monreal.

Dengan kemasukkan pemain baru, Sead Kolasinac yang juga bermain pada posis pertahan kiri, peluang Gibbs dilihat semakin sukar untuk menembusi kesebelasan utama Arsenal musim depan.

Maklumat Peribadi
Nama Penuh Kieran James Ricardo Gibbs
Tarikh Lahir 26 September 1989 (27 tahun)
Tempat Lahir Lambeth,England
Tinggi 1.79 m
Posisi Pertahanan Kiri
Maklumat Pasukan
Pasukan sekarang Arsenal
Nombor Jersi 3
Karier Remaja
2001–2004 Wimbledon
2004–2007 Arsenal
Karier Peringkat Senior
2007–,Arsenal 137 penampilan ( 2 gol dijaringkan)
2008 → Norwich (pinjaman)7 penampilan
Pasukan Kebangsaan
2007–2008 : England U19 9 penampilan
2009 : England U20 1 penmpilan
2009–2011 : England U21 15 penampilan , 3 gol dijaringkan
2010– kini : England 10 penampilan

Post a Comment

Previous Post Next Post