Arsenal dan Kylian Mbappe ... Apa yang kita ketahui setakat ini.

Kredit gambar: Mirror
Adakah kita bakal menyaksikan  pemain remaja yang terhangat ketika ini, Kylian Mbappe bersama Arsenal musim depan?

Bidaan
Awal bulan lalu (Jun) terdapat laporan dimana Monaco telah menolak tawaran daripada Arsenal bagi mendapatkan pemain ini. Dipercayai bahawa Arsenal telah menawarkan £87juta kepada AS Monaco bagi mendapatkan Mbappe namun ditolak oleh kelab Perancis itu.

Monaco tolak bidaan Arsenal yang berjumlah £87juta.
Terbaru, dikhabarkan Arsenal bakal melakukan sekali lagi bidaan terhadap pemain ini dan dikatakan tawaran yang bakal dibuat oleh Arsenal itu merupakan tertinggi yang pernah dilakukan oleh Arsenal ataupun belanja paling besar bakal dilakukan oleh Wenger bagi mendapatkan seorang pemain.

Menurut laporan terkini, Wenger dilaporkan sedia melakukan bidaan berjumlah 
£125juta bagi mendapatkan Kylian Mbappe.

Nilai Mbappe
Adakah pemain ini benar-benar bernilai melebihi ratusan pound sterling?
Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Transfermark yang diterbitkan pada lama Financial Football, nilai Mbappe hanya diletakkan pada €10 juta sahaja pada Januari 2017 namun meningkat naik dengan nilai terkini pada laman itu meletakkan Mbappe pada nilai €35 juta.

Apakah penilaian Wenger terhadap pemain ini jika benar beliau sanggup membelanjakan ratusan juta pound sterling bagi mendapatkan pemain tersebut? Adakah terdapat nilai komersial pada Mbappe yang mampu menjana kewangan serta mampu menampung perbelanjaan kelab mendapatkan beliau?

Contoh Nilai Komersial.
Pogba yang dibeli oleh Manchester United dengan nilai £89juta dilaporkan telah menjana pendapatan kepada kelab itu melalui penjualan imej (Pogba’s image rights) dan juga penjualan jersi.

Menurut laporan The Times, Pogba dijangka mampu memberi pulangan bernilai £40juta kepada Manchester United pada musim pertama beliau bersama kelab itu.

Manakala rekod jualan jersi Manchester United juga turut meningkat naik dengan kemasukan Zlatan dan juga Pogba. Dimana pada tahun 2016, Manchester United merupakan kelab bola sepak yang paling banyak menjual jersi mengatasi Real Madrid dan Barcelona dengan 2,850,000 unit berjaya dijual.

Ranking jersi Pogba merupakan tertinggi dalam penjualan jersi bagi United dan ketiga tertinggi didunia.

Adakah Mbappe mampu memberi pulangan kepada Arsenal dari segi kewangan (komersial) serta menampung kos pembelian pemain ini dalam tempoh musim pertama jika beliau menyertai Arsenal dengan nilai yang dilaporkan itu (melebihi jutaan pound sterling).

Polisi Wenger
Kita tidak asing dengan polisi Wenger yang dikatakan kedekut dengan mengamalkan perbelanjaan berhemat.

Bekas pemain Arsenal, Emmanuel Petit pernah mengkritik polisi Wenger dalam urusan pembelian pemain sebagaimana dilaporkan sebelum ini oleh Metro
Arsenal legend Emmanuel Petit criticises Arsene Wenger’s transfer policy
Menurut Petit, beliau merasakan dimana Arsenal perlu mengubah cara berbelanja dalam mendapatkan pemain serta tangga gaji pemain kelab tersebut.

Dua faktor ataupun perkara ini perlu diubah oleh Arsenal bagi menarik lebih ramai pemain ternama menyertai pasukan ini disamping mewujudkan daya saing serta mampu menyaingi pasukan ataupun kelab-kelab besar Eropah lebih-lebih lagi Arsenal yang masih belum memenangi kejuaraan besar (agak lama tidak memenangi Juara Liga) selain Piala FA.

Adakah beliau sanggup berbelanja £125juta demi seorang pemain? 

Wenger dikatakan telah diberi dana berjumlah £100juta hingga £200juta bagi bagi memperkuatkan pasukan Arsenal musim depan.

Wenger dilaporkan menerima dana £150juta bagi memperkuatkan pasukan Arsenal musim depan.
Jika beliau membelanjakan £125juta untuk Mbappe dan ditambah dengan £57juta untuk Lacazette, boleh dikatakan hanya dua pemain ternama ini sahaja yang mampu dibawa masuk oleh Arsenal musim depan ; ataupun kemungkinan salah seorang pemain ini sahaja yang bakal dibawa masuk Wenger ke Arsenal musim depan dengan ditambah kemasukan pemain lain seperti khabar angin dalam transfer rumors yang dikaitkan bersama Arsenal seperti Mahrez.

Atau penjualan Giroud digunakan bagi mendapatkan kedua-dua pemain ini (Mbappe dan Lacazette).

Giroud bakal berusia 31 tahun pada September ini kemungkinan bakal dilepaskan Wenger kerana polisi Wenger yang kurang gemar mengekalkan pemain berusia 30 tahun keatas.

Namun nilai Giroud  dilaporkan hanya sekitar £20 juta dan ini bermakna Wenger bakal/perlu melakukan penjualan pemain lain jika benar-benar mahukan Mbappe dan Lacazette.

AS Monoca

Pengurus kelab itu, Leonardo Jardim telah menyambung kontrak beliau yang bakal menyaksikan beliau kekal bersama kelab itu sehingga tahun 2020,telah menegaskan dimana beliau akan membawa atau menggunakan lebih ramai pemain akademi kelab tersebut disamping menggunakan profit penjualan pemain sebaik mungkin demi mengekalkan rekod kelab itu dalam menghasilkan pemain berkualiti.

Laporan Metro, menyatakan dimana Jardim telah menyuarakan kelab itu mungkin kehilangan lebih ramai pemain (penjualan pemain) pada jendela perpindahan kali ini dengan seorang lagi pemain kelab itu turut dikaitkan dengan Arsenal iaitu Thomas Lemar.

Kontrak baru Mbappe
Menurut laporan Jounal du Dimanche, AS Monaco telah menawarkan kontrak baru kepada Mbappe dengan kenaikan gaji hampir 900% dimana pemain itu bakal menerima gaji mingguan berjumlah £140,000.00 seminggu berbanding £16,000.00 yang diterima beliau sebelum ini.

Pasukan lain 
Selain Arsenal, Real Madrid turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini dengan laporan menyebut Zinedine Zidane selaku pengurus pasukan itu telah menawarkan £105juta kepada AS Monaco bagi mendapatkan Mbappe namun ditolak pasukan itu.

Manchester City turut dikatakan membida Mbappe.
Apa Kata Wenger Mengenai Mbappe
Wenger menyifatkan Mbappe seorang pemain yang mempunyai bakat yang luar biasa yang mampu mengikut jejak langkah pemain lagenda Arsenal, Thierry Henry.

"He is not exactly Thierry Henry but it is true that he has similar qualities and the future and talent is similar," 

"The potential is similar, after that if he has the same level of motivation, desire and intelligence that Thierry has, and the next two to three years will tell us that, then he can be very promising."

"The guys that have super talent are already playing at 18. Those who are not playing at 18 or 19 do not have that exceptional talent and he does play over here at the top level. He is a guy who is electric like Thierry was, can dribble, can pass and is efficient."

Mbappe
Profile terkini beliau pada laman sosisal Twitter yang penuh tanda tanya.

Sebelum ini, Mbappe telah menukar gambar 'background' pada lama twitter beliau dengan gambar yang memaparkan 'priceless'
Terkini, pada twitter beliau, Mbappe telah membuang AS Monaco, Nike- penaja dan status skuad kebangsaan pada bio yang dipaparkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post