Arsenal Tolak Tawaran Crystal Palace


Arsenal telah menolak tawaran daripada kelab Crystal Palace untuk mendapatkan khidmat pemain Calum Chambers.

Laporan terkini mengatakan bahawa Arsenal telah menolak tawaran daripada Crystal Palace yang berjumlah £16juta bagi mendapatkan pemain pertahanan muda, Calum Chambers.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Metro, Arsenal mahukan lebih daripada itu (tawaran yang dibuat Palace) bagi pemain yang menghabiskan musim lepas bersama kelab Middlesbrough secara pinjaman.


Tawaran £16 juta daripada Palace itu ditolak Arsenal dengan kelab (Arsenal) mahukan sekurang-kurangnya £20juta jika Palace benar-benar mahukan khidmat pemain ini.
Arsenal mahukan £20juta daripada Crystal Palace jika mahukan Chambers.
Barisan pertahanan Arsenal diperkuatkan dengan kemasukkan Shkodran Mustafi dan Rob Holding pada musim lalu menyaksikan khidmat pemain yang dibeli Arsenal daripada Southampton ini dipinjamkan kepada Middlesbrough musim lalu.

Dan melihat kepada senario terkini Arsenal, menjadi agak sukar buat Chambers bersaing merebut kembali posisi beliau dalam skuad utama Arsenal musim depan.

Chambers menyertai Arsenal tiga tahun lalu dengan nilai perpindahan sekitar £16juta telah membuat 59 penampilan bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post