Wenger akui kesilapan mengenai isu kontrak musim lalu.


Saya silap kerana membiarkan perkara ini berlaku mengenai isu kontrak musim lalu.

Arsene Wenger mendedahkan dimana beliau telah melakukan kesilapan dalam cara beliau mengendalikan atau menguruskan isu kontrak beliau musim lalu.

Beliau turut mengakui dimana beliau sepatutnya berterus terang mengenai status dan situasi kontraknya lebih awal musim lalu sebelum membuatkan semua orang tertanya-tanya mengenai keputusan beliau.

Walaupun telah memenangi Piala FA, namun beliau masih belum mengumumkan mengenai masa depan beliau bersama kelab ini dan mengambil masa yang lama sebelum mengumumkan mengenai penyambungan kontrak beliau selama dua musim lagi bersama Arsenal.


Dengan beliau yang lewat mengumumkan mengenai masa depan beliau untuk kekal bersama Arsenal, ini mungkin menyebabkan sedikit gangguan kepada pemain-pemain Arsenal yang menantikan dan memikirkan siapakah bakal mengendali pasukan itu musim depan. Dan ini juga membuatkan para pemain memikirkan masa depan mereka bersama Arsenal memandangkan beliau belum membuat sebarang keputusan ketika itu.


"Maybe I made a mistake and allowed that to happen because I didn’t commit early enough."


Wenger dalam temubual yang disiarkan dalam laman web rasmi Arsenal mengakui dimana beliau sepatutnya mengendalikan atau menguruskan isu kontrak beliau lebih awal dan bukan seperti yang dilakukan sebagaimana musim lalu. Dengan membiarkan semua orang tertanya-tanya mengenai masa depan beliau bersama Arsenal lebih-lebih lagi pihak media yang sering bertanyakan soalan mengenai kontrak beliau musim lalu.

"Saya fikir pada peringkat tertentu, ianya tidak akan menjadi satu masalah mengenai komitmen saya (kekal bersama Arsenal atau tidak) namun akhirnya ianya tidaklah seperti yang saya jangkakan."

"Ianya menjadi satu kesilapan dan mewujudkan suasan yang 'tidak selamat' serta kekeliruan mengenai masa depan saya dan ini mungkin tidak banyak membantu pada peringkat tertentu"

Kini tugas berat Wenger selain membawa pemain baru dalam membentuk pasukan mantap yang mampu bersaing dalam perebutan kejuaraan liga musim depan adalah menyelesaikan isu kontrak dua pemain sensasi Arsenal iaitu Mesut Ozil dan Alexis Sanchez.

Kedua-dua pemain ini berada pada tahun akhir kontrak mereka dan dijangka Ozil bakal kekal bersama kelab manakala Sanchez masih menjadi tanda tanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post