Arsenal Yakin Kekalkan Namun Sumber Terdekat Menafikan


Seorang lagi pemain Arsenal yang dikaitkan dengan perpindahan keluar, Alex Oxlade-Chamberlain yang sebelum ini dilaporkan telah menolak tawaran kontrak baru daripada kelab.

Namun mengikut laporan terkini, Arsenal yakin untuk mengekalkan pemain ini bersama mereka walaupun pemain tersebut dikaitkan dengan kelab-kelab Inggeris yang lain seperti Liverpool, Manchester City dan juga Chelsea.



Chamberlain, 23 tahun dimana kontrak beliau bakal berakhir pada penghujung musim depan agak lambat menyinar bersama Arsenal musim lalu. Kebangkitan beliau hanya dapat dilihat pada penghujung saingan liga dengan beberapa perubahan posisi dan formasi yang dilakukan oleh Wenger.



Kenyakinan itu (Arsenal mengekalkan Chamberlain) bersama skuad musim depan timbul dengan menyaksikan pemain ini menyertai Arsene Wenger dan pasukan dalam jelajah Arsenal 2017.

Arsenal dikatakan yakin untuk mengekalkan serta menyambung kontrak pemain ini.

Oxlade-Chamberlain has travelled to Australia with the rest of Arsene Wenger’s squad and the Gunners are encouraged that an agreement that will see the player extend his six–year stay at the club will be reached.

Namun mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Sky Sports, sumber terdekat pemain itu mendedahkan dimana setakat ini tiada rundingan mengenai kontrak baru selepas pemain itu didakwa menolak tawaran sebelum ini.

The Gunners are confident of keeping Oxlade-Chamberlain, according to newspaper reports on Tuesday, but sources close to the player have told Sky Sports News HQ contract negotiations are at an impasse, with no new talks planned. - Sky Sports.

Wenger sebelum ini mengatakan dimana ianya satu kerugian besar jika gagal mengekalkan Chamberlain.

Post a Comment

Previous Post Next Post