West Ham sasar 3 pemain Arsenal


Tiga pemain Arsenal yang pernah dikaitkan dengan pasukan West Ham.

West Ham setakat ini hanya berjaya mendapatkan ataupun membawa masuk seorang sahaja pemain baru menyertai mereka bagi menguatkan pasukan musim depan.


Selepas berjaya mendapatkan Zabaleta secara percuma, pasukan itu dikatakan berminat untuk mendapatkan tiga pemain Arsenal pada jendela perpindahan ini.

Theo Walcott, Giroud dan Jack Wilshere merupakan tiga pemain Arsenal yang dikatakan menjadi sasaran kelab itu mengikut laporan media.

Agak mengejutkan dimana nama Wilshere turut dikatakan menjadi sasaran West Ham dalam jendela perpindahan kali ini.


Jack Wilshere

Wilshere yang kita ketahui masih lagi dalam proses rehab dan status beliau selepas kembali daripada pinjaman bersama Bournemouth jarang dibicarakan.

Selamat Tinggal
Wilshere melalui laman sosial Instagram beliau telah mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Bournemouth yang disertai beliau musim lalu secara pinjaman. Beliau turut meluahkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli pasukan tersebut.


Bersama Bournemouth, beliau membuat 27 penampilan dengan dua assists berjaya dicipta beliau. Dengan kontrak beliau yang bakal berakhir pada penghujung musim depan, ucapan selamat tinggal beliau kepada pasukan Bournemouth itu menunjukkan satu isyarat dimana adalah mustahil untuk beliau kembali kepada pasukan itu secara kekal.

Sehingga kini kontrak beliau masih belum diperbaharui dan adakah beliau bakal meninggalkan pasukan ini (Arsenal)?




Theo Walcott

Walcott, 28 tahun mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga penghujung musim 2018.19 (lagi dua tahun).

Musim lalu beliau hanya membuat 37 penampilan bersama Arsenal dengan 28 penampilan dalam saingan liga dengan berjaya menjaringkan 10 gol.

Prestasi beliau jika dilihat semakin meningkat sekembalinya beliau daripada kecederaan yang dialaminya pada musim sebelum itu.

Namun agak mustahil untuk pemain ini meninggalkan Arsenal pada ketika ini mahupun kelab untuk melepaskan beliau.

Olivier Giroud



Giroud, 30 tahun juga mempunyai baki kontrak yang sama dengan Walcott dimana berakhir pada 30 Jun 2019.

Kemasukan rakan senegara beliau, Lacazette mungkin mengehadkan peluang beliau beraksi pada musim depan.

Dikaitkan dengan Everton sebelum ini, namun kemasukan Rooney ke Everton mungkin menyebabkan kelab tersebut tidak lagi berminat dengan pemain ini.

Namun, West Ham turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Giroud dan Walcott kini bersama skuad Arsenal dalam jelajah Arsenal 2017, dan pendapat peribadi penulis merasakan adalah mustahil untuk Wenger melepaskan dua pemain ini memandangkan tugas berat Wenger untuk mengembalikan kepercayaan peminat dan penyokong pada musim depan.

Apa kata anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post