Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjadi pengurus Liga Perdana Inggeris yang paling lama berkhidmat.

Hari ini, Arsene Wenger mencipta sejarah baru dimana beliau menjadi pengurus paling lama dalam era Liga Perdana Inggeris.

Beliau sebelum ini merupakan pemegang sejarah untuk kelab Arsenal dimana beliau merupakan pengurus paling lama berkhidmat bersama kelab ini.

Rekod pengurus paling lama dalam era Liga Perdana Inggeris sebelum ini pula dipegang oleh bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Furgeson yang menjadi pengurus didalam Liga Perdana Inggeris selama 7,582 hari (hampir 21 tahun atau 20 tahun tujuh bulan).

Perlawanan terakhir Furguson adalah ketika mengendalikan Manchester United menentang West Brom yang berkesudahan seri 5-5. Dan musim itu juga (2012/13) menyaksikan beliau menjulang Kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang terakhir.


Wenger, yang mana perlawanan pertama beliau bersama Arsenal pada tahun 1996 adalah ketika mengendalikan pasukan itu menewaskan Blackburn 2-0.

Rekod paling cemerlang Wenger adalah ketika membawa Arsenal menjulang Juara Liga Perdana tanpa tewas - The Invincibles , sekaligus membawa trofi Emas Juara Liga (replika).

Kredit Gambar : Dailymail UK
Hari ini beliau (Wenger), menjadi pengurus paling lama dalam era Liga Perdana Inggeris dengan jumlah hari mengatasi Furgeson, 7,583 hari dan masih diteruskan sehingga beliau pencen atau bersara nanti.

Trofi Istimewa Juara Liga 

Rekod Pencapaian Wenger
Jumlah Perlawanan 790
Menang 457
Seri 193
Kalah 140
Juara Liga 3

Rekod Pengurus Yang Lama Berkhidmat Dalam Era Liga Perdana Inggeris :
Pengurus Kelab Tempoh Jumlah Hari
Arsene Wenger Arsenal Oct 1996 to present 7,583
Sir Alex Ferguson Manchester United Aug 1992 to May 2013 7,582
David Moyes Everton Mar 2002 to May 2013 4,082
Harry Redknapp West Ham Aug 1994 to May 2001 2,454
Rafael Benitez Liverpool Aug 2004 to Jun 2010 2,119
Alan Curbishley Charlton Aug 2000 to May 2006 2,087
Sam Allardyce Bolton Aug 2001 to Apr 2007 2,079
Gerard Houllier Liverpool Nov 1998 to May 2004 2,018
Jim Smith Derby Aug 1996 to Oct 2001 1,877
Sir Bobby Robson Newcastle Sep 1999 to Aug 2004 1,815

Post a Comment

Previous Post Next Post