Pemain pertahanan muda Arsenal sertai Bristol Rovers

Kredit gambar: Arsenal.com
Pemain pertahanan muda Arsenal, Marc Bola telah menyertai pasukan Bristol Rovers untuk tempoh satu musim secara pinjaman.

Selepas dua tahun beliau bersama skuad akademi, beliau  akhirnya telah berjaya membuktikan kebolehan beliau dan ditawarkan kontrak profesional bersama Arsenal pada April 2016. 

Beliau kemudiannya dipinjamkan kepada kelab Notts County pada Januari 2017.

Dan penyertaan beliau ke skuad Bristol Rovers kali ini, yang dilakukan secara pinjaman dimana untuk kali kedua beliau dipinjamkan setelah menandatangani kontrak bersama Arsenal.

Kredit Gambar : Metro UK
Bola, mempunyai dua kerakyatan iaitu England dan Nigeria, pernah membantu skuad bawah 18 tahun Arsenal dalam saingan separuh akhir FA Youth Cup (2016) dan semenjak itu beliau menjadi pilihan dalam skuad bawah 21 tahun Arsenal.

Beliau menyertai pemain Arsenal yang lain seperti Alex Iwobi, Chuba Akpom, Kelechi Nwakali, Samuel Chukwueze, Asisat Oshoala, Chiori Johnson dan Tolaji Bola yang dilahirkan ataupun memiliki keturunan Nigeria.



Maklumat Ringkas:
Tempat lahir : London.
Tarikh Lahir : 9 Disember 1997.
Kelab: Arsenal, Notts County (pinjaman)
Penampilan: 13
Posis : Pertahanan - Bek Kiri

Bola belum lagi membuat sebarang penampilan bersama skuad utama Arsenal namun beliau telah berjaya membuat 13 penampilan bersama skuad utama Notts County ketika dipinjamkan musim lalu.

Bersama Notts Country yang bersaing dalam League Two beliau berjaya membantu pasukan itu menamatkan saingan di tangga ke-16 liga.

Aksi beliau yang singkat bersama kelab itu berjaya memikat penonton dan penyokong pasukan itu walaupun hanya menyertai kelab tersebut pada pertengahan liga dengan 13 penampilan.

Video Assist Beliau bersama Notts Country

Post a Comment

Previous Post Next Post